#bukansekadarsejuk

Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan kami terpaksa berpindah secara mengejut bermula 15 Januari 2023. Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kesukaran yang dihadapi anda semua.

Rujuk google map dan video untuk maklumat lanjut. Follow jer Tiktok  atau  Facebook kami untuk maklumat terbaru dan terkini

Anda mengalami masalah aircond kereta yang berulang? Apa yang perlu dibuat?

#bukan sekadar sejuk

Kami Menawarkan Pengalaman Bukan Hanya Masalah Aircond Kereta anda yang Selesai. Kami Menyelesaikan Masalah Kenderaan Anda Secara Holistik. Berikan Penjagaan Terbaik, Selesaikan Isu Kenderaan Anda dengan Lebih dari Sekadar sejuk terutamanya melibatkan banyak masalah elektronik kereta zaman sekarang – Kami Ada Untuk Anda, Dari A ke Z.”

aNDA MEMERLUKAN KHIDMAT NASIHAT?

85% pengguna kereta di Malaysia tak tahu bahawa sistem aircond kereta mereka perlu di servis setiap 30,000 KM atau setiap 1 tahun. Barulah komponen  Aircond akan tahan lama! 

Anda akan diberikan tips penjagaan, nasihat percuma dan demo cara mengesan kerosakkan awal tanpa menggunakan sebarang alatan.

Apa yang kami boleh bantu adalah

Cadangan

i

Rekod

Perancangan

Nasihat Percuma

U

Pemeriksaan Percuma

Jaminan

Ujian

Kualiti

Pemeriksaan awal sistem

Bacaan tekanan gas pada sistem aircond kereta akan diambil untuk memastikan berada dalam keadaan normal. Tidak rendah, tidak  tinggi dan mengikut spesifikasi asal. Tahap kesejukkan dalam ruangan kabin juga mengikut Climax Control atau suhu yang dilaras mengikut model kereta. Penting untuk dibandingkan dengan hasil kerja setelah siap baikpulih.

Seterusnya analisis visual minyak pelincir sistem aircond kereta akan diperiksa. Jika minyak telah lama dan warna gelap, proses untuk  bersihkan dan ganti minyak pelincir baru akan disarankan untuk kembalikan prestasi aircond kereta anda.

Kecuali jika kotoran habuk besi atau pelincir telah hitam kami tidak akan meneruskan proses kerja kerana merisikokan mesin yang kami gunakan.

 

 

SERVIS AIRCOND KERETA

85% pengguna kereta di Malaysia tak tahu bahawa sistem aircond kereta mereka perlu di servis setiap 30,000 KM atau setiap 1 tahun. Barulah komponen  Aircond akan tahan lama! 

Anda akan diberikan tips penjagaan, nasihat percuma dan demo cara mengesan kerosakkan awal tanpa menggunakan sebarang alatan selepas masalah diselesaikan. Jemput singgah ke kedai MS AUTO

REPAIR AIRCOND KERETA

Lebih 70% kedai aircond kereta dan bengkel kereta tidak mengikuti spesifikasi asal datasheet sistem aircond. Jadi risiko kerosakan aircond kereta anda berulang sangat tinggi. Kami juga mempunyai kepakaran teknikal dalam repair electronic part aircond kereta. Tiada lagi kerisauan tersalah baiki.

MASALAH AIRCOND KERETA

Tidak melakukan servis aircond kereta secara berjadual juga salah satu punca masalah aircond kereta berlaku. Selain itu sekitar 60% pelanggan kami yang kali pertama berkunjung  mengalami masalah aircond kereta yang berulang akibat salah baiki atau servis. Sejarah baiki aircond kereta juga sangat kami perlukan walaupun pernah baiki di tempat lain sebelum ini dan ini mempercepatkan dan membantu proses Troubeshooting atau mencari punca masalah. 

Pertanyaan yang biasa ditanya

Aircond kereta kena servis ke?

Ramai yang ingat servis aircond kereta dengan cuci air filter sahaja.Sama macam penjagaan enjin dan gearbox.Aircond kereta juga perlukan servis secara berjadual.Mengikut yang disarankan secara bjadual pengeluar kereta dan pengalaman kami.

Mengikut jarak perjalan kereta atau tempoh masa.

1.Minor servis setiap 30,000 – 40,000 km

2.Major servis setiap 60,000 – 70,000 km

Mengikut pengalaman kami,untuk penjagaan terbaik untuk bagi jangka hayat yang panjang

1.Minor servis mengikut nasihat pengeluar kereta atau setiap 6 bulan hingga 1 tahun

2.Major servis setiap setiap 1 tahun hingga 2 tahun

Namun anda perlu cuci air filter cabin setiap 5000km atau sebulan sekali jika anda sayang duit anda.Sama tempoh dengan servis air cleaner enjin untuk menjaga Throttle Body/carburetor daripada kotor.Kegagalan mengikut nasihat ini menyebabkan ramai berdukacita akibat berhabis wang untuk membaiki kerosakkan cooling coil.Rujuk sharing yang lepas pada bahagian Blog kami.

Kos servis lebih murah jika susun jadual/rekod di MS AUTO AIRCOND. Servis secara tersusun dan berjadual aircond kereta anda untuk hasil dan jangka hayat terbaik

Apa yang dibuat jika saya servis aircond kereta?

Ramai yang ingat servis aircond ni bila aircond dah tak sejuk atau cuci air filter sahaja.Ini yang parah.Umumnya antara yang dibuat bila anda servis aircond kereta:

Wajib

  • Pemeriksaan pressure gas dan sistem aircond/running
  • Filter dryer
  • Expansion Valve
  • Gas Baru
  • Minyak Compressor /Tambah atau tukar baru minyak bergantung jadual servis kereta anda
  • Tukar Cabin Air-Filter /Cuci atau tukar baru bergantung jadual servis kereta anda
  • Cuci komponen Cooling coil,Kondenser /Cuci atau tukar baru bergantung keadaan komponen tersebut

Sunat muakkad

  • Cuci Blower
  • Cuci Air filter
  • Cuci belakang dashboard dari habuk2
  • Cuci karpet/alas kaki
Bakpe Aircond Kereta saya dok sejuk langsung?

Banyak penyebab antara nya compressor dok berfungsi

  1. Fius putus.Kerja fius memang untuk putus jika ada short circuit(litar pintas) atau overload(lebih beban pada arus magnetic coil compressor.
  2. Ada kebocoran(gas habis) compressor memang dok hidup terus sebab litar kuasa diputuskan oleh suis tekanan untuk tujuan keselamatan.Hok ni ramai yg pandai2 buat bypass,bahaya kepada compressor anda.
  3. Magnet coil shorting(terbakar dan coil dah open circut)
  4. Compressor anda dah uzur(low compression/gas refrigerant tak boleh dimampat)
  5. Panel control aircond rosak
  6. Soket kabel wiring longgar
  7. Suis rosak
  8. dan beberapa sebab lagi yg perlukan pemeriksaan yg betul.

Kereta anda perlu dibuat pemeriksaan lanjut.Nasihat kami dapatkan mereka yg pakar dan jujur,kekgi anda yang rugi.

Berapa kos nak servis atau baiki aircond kereta? Takut saya kalau kena tipu

Harga servis tak seragam sebenarnya.Apa yg boleh kami sharing harga bergantung kepada masalah sebenar,Lagi besar problem aircond anda lagi besar kos repair.Buat di pusat servis/kedai yang betul untuk lebih jimat supaya repair masalah part yang rosak sahaja atau mengikut nasihat mereka

# kami nasihatkan minta check dulu dan minta nasihat apa yang rosak barulah baiki supaya dok merugikan anda kerana salah baiki.

Aircond kereta saya malam dan awal pagi sejuk, tengah hari atau cuaca panas sikit macam dok berapa sejuk.

Kalau masalah gini bermakna aircond anda kurang sejuk.Biasanya buat servis je.Tapiii ni adalah merbahaya kepada duit dalam poket anda.Jangan tunggu dok sejuk baru nak servis.Kalau penyakit manusia dari kanser tahap 1,sampai tahap 4 baru nak berubat kos jadi tinggilah.Tak faham? Masa hadir inspection kami bagi lagi faham.Biasanyanya disebabkan :

 

  • Valve tersumbat
  • Reciever Drier tersumbat
  • Cooling Coil kotor
  • Air filter kotor dan tersumbat(angina jadi slow)
  • Compressor berat sebab sistem sumbat

*kami nasihatkan dapatkan nasihat/pemeriksaan dari mekanik berpengalaman Untuk mengelakkan kerugian baiki komponen yang tak berkaitan.

Bila kereta bergerak baru sejuk, masa berhenti dok sejuk,kenapa boss?

Kalau kereta anda ada symptom gini,kemungkinan belanja besar sikit nak baiki,kemungkinan:

  • Compressor dah low compress (tekan pedal rpm 1.5k ke atas baru sejuk)
  • Motor Kipas Kondenser (musing slow @ dok berpusing)
  • Compressor dah rosak,minyak dah jadi hitam.
  • Atau beberapa sebab teknikal yg lain memerlukan pemeriksaan lanjut  *Nasihat kami buat pemeriksaan dulu apa masalah sebenar aircond kereta anda. Agar kereta anda keluar hospital dalam keadaan sihat walafiat.
Ada soalan lagi ke?

Anda isi soalan kami akan jawab seberapa segera. Kalau whatapp atau sms mungkin terlepas pandang dan dok dapat kami jawab dengan segera.. Anda klik jer SINI

BUKAN SEKADAR SEJUK

Jika servis aircond kereta di MS AUTO kami juga sedia selesaikan masalah lain kereta anda yang melibatkan aksesori @ major servis. Kebanyakan pusat servis akan menukar alat ganti baru walaupun komponen masih boleh dibaiki dan jangka hayat masih boleh bertahan lama.

KENAPA BELI BARU, BENDA BOLEH REPAIR 

 

Atas nasihat MS Auto, saya membawa kereta saya untuk servis aircond. Hasilnya, prestasi aircond lebih baik daripada sebelumnya! Servis yang mesra pelanggan dan pekerja yang mahir. Saya pasti akan kembali untuk servis seterusnya.

Muaz

Anak Ust. K

“MS Auto benar-benar menyelamatkan saya dari masalah aircond yang berpanjangan. Mereka tidak hanya membaiki masalah, tetapi juga memberi tips berguna untuk penyelenggaraan. Servis yang berkualiti tinggi dan harga yang berpatutan. Saya amat berpuas hati!”

Raja Batik

CMO Arfa Batik

“Kami sangat terkesan dengan profesionalisme MS Auto. Mereka tidak hanya menyelesaikan masalah aircond, tetapi juga memberikan penjagaan menyeluruh kepada kenderaan kami. Servis yang sangat berbaloi dan berkesan. Terima kasih MS Auto!”

Mastemang

Tokey Nasi kandar sempoi

 

 

 

 

ms auto aircond

Hubungi

Tel

018 9150 383

010 304 8737

010 833 1300

Email

admin@msauto.my

Alamat

MBKT 4763, Terengganu Halal Park, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080, K. Terengganu, Malaysia.