Musim tengkujuh dah habis,berjaga jaga bermula musim cuaca panas..

Musim tengkujuh dah habis,berjaga jaga bermula musim cuaca panas..

Ambil iktibar dengan kes-kes lalu. Panas melampau dari biasa, berhati-hati semasa buat aktiviti luar semasa panas, Ada kes kejang, pengsan, koma dan kes kematian.

 

Walaupun amaran dari Jabatan Meteorologi dan lain2 jabatan telah berlalu pada 27 feb lepas berkenaan cuaca panas dan risiko Stroke Haba, cuaca panas masih berterusan dan rasa lagi minggu ini..

 

Antara kes2 lepas yang boleh kita jadikan iktibar:
– Dr. Rafidah dari kumpulan Twitter #MedTweetMY telah berkongsi satu entri “pesanan khidmat masyarakat” mengenai STROK HABA di laman Facebook kepunyaannya.

Di pertengahan tahun lepas, seorang pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan komando, pengsan semasa berlari. Sebelum berlari 10km tengah panas, dia sudah berkawat entah berapa jam.

Dia diserang sawan tidak berhenti dan terus koma. Keadaan ini dipanggil STROK HABA. Dia mengalami kegagalan organ hati dan buah pinggang. Dia terpaksa menjalani dialisis dan berada di Unit Rawatan Rapi lebih 20 hari. Dia juga mengalami rhabdomyolysis, satu keadaan di mana otot fiber yang cedera parah/mati dan mengeluarkan bahan toksik ke dalam darah, salah satunya adalah Creatinine Kinase, bacaan darah beliau melebihi 37,000 U/L (normal bawah lebih kurang 150).

Alhamdulillah setelah 35 hari di hospital, dia dibenarkan pulang ke rumah. Organ dalaman dia pulih normal. Dia antara yang bernasib baik. STROK HABA kebiasaannya susah diselamatkan!

Lagi kes lama:

Walaupun kes lama di Jepun,suhu 43c sudah menggerunkan kita.

Binatang peliharaan juga berisiko.

 

Jaga kesihatan dan minum air secukupnya.

Memang panas lain macam cuaca sekarang.Pastikan Aircond kereta anda juga dalam keadaan baik, bersih dan telah diservis untuk berkhidmat kepada anda semasa cuaca panas sekarang.

 

Keadaan El-Nino dijangkakan terbentuk dan berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 65%. Manakala sepanjang tempoh Februari 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima cuaca yang agak kering.

MET

 

Lain-lain pautan kes lepas.

http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/azizan-disahkan-meninggal-dunia-akibat-strok-haba-1.202207

Honda FD 2.0 3 minggu makan 2 clutch set kompressor aircond

Honda FD 2.0 3 minggu makan 2 clutch set kompressor aircond

Anda pernah kene gini? baru je lepas baiki aircond kereta masalah mari balik. Mula2 honda fd ni tukar clutch set, plate clutch x engage dengan pulley tapi masalah sama berulang.

Owner ke hospital lain tukar 1 set baru lagi, masalah tetap sama. Kira dengan kos baiki dah hampir boleh beli kompressor aircond baru.

Abg Jang nasihatkan rujuk balik dengan hospital lama kot2 boleh claim balik dengan kos yang dah habis. Tapi owner kata biarlah malas nok gi doh.

 

Dakpelah dah jadi tugas kita kene bantu bila anda masalah aircond kereta.Owner ada kabo rasanya kompressor jem. Kadang2 aircond jadi x sejuk. Nanti dulu kene check molek dan confirm masalah sebenar. Kang try2 tukar barang habis duit lagi aircond dok selesai masalah.

Ibarat kene tikam dengan pisau rembo, pahtu robek robek pulok pisau tu ke kiri dan kanan, dan pusing-pusing lagi pisau tu. Aduh memang pedihlah tengah musim2 gawat ni.. Lebih kurang gitulah ceritanya.

Kami check ikut step bahagian electrical ok. Soket pun ok, relay, connections semua ok..

 

Mungkin coil magnet baru pun masalah? Low induction walaupun baru. Baru kilang kadang-kadang ada masalah jugak. Dok semestinya baru tu perfect. Kami buat pemeriksaan coil comel tiada masalah, bacaan Ampere coil sekitar 3 Amp normal bagi magnetic coil.

Last sekali buat inspection pada compressor. Terpaksa keluarkan compressor untuk pemeriksaan visual dan mekanikal. Jumpa masalah shaft compressor problem. Bearing pada shaft yang pegang clutch plate dah pecoh dan ada sedikit free maka shaft bergerak kadang2 ada gap hingga 0.8mm antara pulley dengan plate compress.. Biasanya normal gap antara 0.2 hingga 0.4mm

 

Kalau gap jauh tukar magnet coil 1 set baru pun dok punya upaya untuk menarik clutch plate.Kalau rapat sangat pun dok boleh sebab kadang2 akan bergesel dan bunyi bising bila aircond off. Memang dok nampak lah kalau x cabut compressor.

Penyelesaian masalah kene tukar kompressor baru setelah usaha menukar bearing gagal. Rata2 kedai sparepart dan kedai specialist bearing pun tiada stok saiz bearing shaft compressor honda Fd ning.

 

Maka berakhirlah riwayat..Boleh buat sparepart je.

 

Siap dan running test alhamdulillah kembali normallah kompressor baru. Cuma terkilan dok sempat tunaikan permintaan owner Honda Fd nak tuning ECU sebab dah lewat. Kalau owner ada baca dan masa free singgohlah sekali lagi dan untuk tuning.

 

 

2 set magnet coil, clutch, bearing baru tu boleh simpan molek-molek, mungkin ada kawan2 owner yg seangkatan masalah clutch magnet boleh dibuat sparepart dan jual muroh2. Dok rugi sangat, sekadar cadangan kepada owner.

Semoga dijadikan sedikit panduan untuk anda berkenaan permasalahan ini. Gambar kereta dan owner kami tidak publishkan atas kehendak dan privacy owner kereta. Terima kasih singgah Ms Auto Aircond ye..

Bahaya Tidur lama dalam Aircond Kereta.

Bahaya Tidur lama dalam Aircond Kereta.

Repost Ms Auto Aircond Service20 September 2016

Bahaya Tidur Dalam Kereta…. Pernah tidur dalam kereta?

Mestilah pernah, siap aircond sejuk lagi.Ada bantal kecil dalam kereta. Kalau boleh, nak tidur lima jam. Tetapi tahukah anda bahawa risiko bahaya tidur dalam kereta kerana ianya boleh membunuh anda sendiri secara senyap?

Merujuk kepada berita kelmarin https://msauto.my/terbaru-lemas-tidur-dalam-kereta/

Sudah banyak kes kematian kerana tertidur di dalam kereta, dilaporkan. Namun, masih ramai yang tidak ambil tahu dan menganggap dakwaan itu adalah karut semata-mata. Sebagai contoh, bila rumah atau pejabat terputus bekalan elektrik, ramai yang keluar > hidupkan enjin kenderaan > buka aircond kereta dan sambung tidur.

Begitu juga di hentian Rehat dan Rawat (RNR) lebuhraya terutamanya waktu malam. Ramai yang tidur dalam kereta semasa enjin kereta dan penghawa dingin dihidupkan. Perlu tahu bahawa, bahaya tidur dalam kereta jika:

  • Enjin ON, penghawa dingin ON, tingkap tertutup rapat
  • Enjin OFF, penghawa dingin OFF, tingkap tertutup rapat pun bahaya

Mungkin ini cara paling selamat untuk tidur dalam kereta.

Bila enjin kenderaan dihidupkan dan berada dalam keadaan terbiar begitu saja dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO (karbon monoksida) daripada ekzos boleh masuk ke dalam kereta.

Ada dua cara CO membunuh:

  1. Ianya menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ.
  2. CO akan bergabung dengan oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila penghawa dingin dihidupkan dan sebab nak tidur. Kalau enjin dimatikan, tetapi tingkap tutup rapat akan menyebabkan kekurangan oksigen. Boleh kalau nak tidur dalam kereta tetapi tingkap perlu dibuka sedikit, cukup sekadar tangan dari luar tak boleh masuk. Jika dibuka besar sangat, bimbang penjenayah pula yang akan menghampiri anda.

Selain itu, letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat dan ramai orang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Pernah terasa pening bilamana terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas? Ada yang menyangka mungkin kenderaan kerap berhenti dan bergerak membuatkan anda pening kepala.

Tetapi punca sebenarnya adalah kerana keracunan CO. Semasa kesesakkan lalu lintas, penghasilan gas CO akan terhasil lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama.

Mungkin disebabkan hal ini mengakibatkan 15 orang meninggal dunia dalam kejadian kesesakkan lalu lintas yang teruk di Indonesia baru-baru ini.

Apa yang anda perlu lakukan bila terasa pening semasa terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas ialah, buka tingkap kenderaan seketika.

Atau setelah lama memandu anda boleh guna fungsi pintu angin luar pada cabin aircond kereta.

Beri ruang untuk oksigen masuk sedikit untuk keluarkan CO dari kabin. Kesimpulannya, elakkan dari tidur dalam kereta jika tiada keperluan untuk berbuat demikian. – Nizam Nasir | The Reporter

Wallahualam………

Kebanyakkan kereta baru dah ada catalytic converter pada ekzos,gagal berfungsi ke?

catalytic-converter
272808_F8B46BBF
three-way-catalytic-converter-500x500
previous arrow
next arrow

(more…)

Big Boh UAI jangan serik lah servis kereta sini

Big Boh UAI jangan serik lah servis kereta sini

Ingat aircond kereta UAI buat hal lagi, kejut gok kita macam baru lagi servis aircond, rupanya masalah lain. Macam petir sambor pokok nyor, Degummm..Kejut gok kita

Rupanya Big Boh Ustaz Azhar langgar anjing, Pecoh, capok abih sapa hilang cover lampu.

Mujur dok parok, tapi cover dok jupe doh. Abih keda cari x dok.

Last skali Abg Dam order kilang teruh lah dah payah sangat, abih halfcut cari, kalau bumper ada.

Stok kalau dari UK ulu klang esok lusa boleh sampai, ni order UK united kingdom main minggu lah. Mujur ustaz sabor tunggu.

Janji original. Terima kasih jugok pihak Kastam Malaysia yang dok kene kan cukai atas barang kami order. Kalu dok bertambah lagi kos nak beki.Bukan lari cukai ni, tapi ada cara dia.

Dok dang bulan nok mengambang, Barang sampai tepat ikut jadual, tapi awok2 pulok main menengung nak ke buka dan cabut bumper..

Doh ni bekah anjing langgor, buleh pegang dok? Haisshh, dakpe kering kang.. Doh kering Abg Dam ah buke.. Ishh awok awok main gining ngan Abg Dam pun mari was2 jugok, Tapi ning bekas anjing bukan anjing.

Jak nok tanya ustak..

https://youtu.be/iw-L0l8Zo-c

hoo dengor molek

Tu ah, org suruh gi dengor kuliah tak mboh, ngan aku2 mari was2.. Doh2 sambung keje pulok kang lambat siap.

Braket hok dalam abis patoh kita sambung balik. X leh guna gam x tahan, kene skru balik bagi kemas.Atas kretiviti masing2.

Alhamdulillah sejam 40 minit siap, Lampu suluh pulok tertinggal masa Abg Dam pasang bumper. Buka pulok ambik lampu. Jadi 2 jam abis masa.

Check aircond kereta bereh sejuk ok lagi, filter ok lagi,pressure comel lagi gi ato lah.

Mitok maaf banyok dengan UAI, barang order jauh lambat sapa, jangan serik servis di Ms Auto Aircond ye. Terima kasih bagi upoh jugok, kita ingat dok payoh doh kira sedekoh.

Lembut molek,kemas finishing barang ori

T. kasih Abg Ngoh gi ambik ato kereta adi, kita sibuk kadang nok gi tengok bot di marang. Kang esok nok makan ikan. Ok bereh..