Aircond kereta sejuk dengan tinted kereta habis gelap

Aircond kereta sejuk dengan tinted kereta habis gelap

BERMULA HARI NI 8hb mei 2019

Aircond sejuk +  tinted habis gelap memang cool habis kereta tengah cuaca terik bulan puasa ni dan nak menjelang raya nanti. Baru selesa pemanduan. Maklumlah cuaca panas dan fenomena gelombang Haba belum reda di Kuala Terengganu.

 

Baru sejuk dan nyaman kita dalam kereta nanti.  Tapi 3 cermin belakang jer.  Nak balut/tinted habis gelap sutir kereta bayar lah rm5k jika lulus untuk 2 tahun ye.

 

Semalam Menteri Pengangkutan ada buat sidang media berkenaan tinted gelap kereta. Anda boleh rujuk infografik dari Bernama.

Anda nak full tinted habis gep ke? 3 tinted belakang full 100% cukup dah rasanya. Tepi depan 70%.

 

LAGI BERITA

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/453202/polis-tak-setuju-cermin-gelap

 

 

 

 

Promo tinted ada lagi ni. Musim2 panas ning di Ms auto aircond service, chendering, Kuala Terengganu.

 

 

Selamat menyambut Ramadhan dari kami

Selamat menyambut Ramadhan dari kami

Ramadhan kareem..

Allah swt sediakan sebulan ramadhan sebagai madrasah untuk mempersiapkan menjadi mukmin yang taqwa. Maka persiapkan segala kekuatan untuk menjadikan bulan ini, bulan tarbiyah dan dakwah.. Bulan yang mendidik kita semua untuk menjadi mukmin,muslim,daie yang bersih hati.

Kami doakan semua dapat lulus dengan cemerlang melalui madrasah ramadhan tahun ini.

 

 

Puasa tahun ini agak mencabar di kuala Terengganu dengan cuaca panas atau status gelombang haba yang melanda. Banyakkan minum air masak semasa bersahur dan lepas berbuka. Jangan ponteng puasa tuu..

 

Mohon kemaafan dari kami, Ms Auto Aircond Service.

Ramadhan Kareem

Selamat Menyambut Ramadan 2019/1440
Semoga anda beroleh Rahmat,keampunan dan keberkatan…

Jangan lupa niat tu…

Aircond kereta proton wira tak sejuk Fius compressor kerap putus

Aircond kereta proton wira tak sejuk Fius compressor kerap putus

Fius kerap terputus,menengung owner kereta wira ning. Sudah keluar masuk hospital masalah tetap berulang.Aircond jadi tak sejuk disebabkan compressor tidak engage dengan supply voltage dari fuse box.

Fungsi fius adalah sebagai pemutus litar jika berlaku overload atau lebih beban sesuatu litar atau komponen, jika masih putus serta merta lepas atau selepas beberapa hari digantikan fius baru, beso kemungkinan komponen fius tersebut short atau rosak. Jangan sesekali ganti dengan fius yang nilai yang semakin besar.

 

Anda boleh buat pemeriksaan sendiri dengan video Fb live kami. Pening kepala dok jumpa masalah? Kami tunggu anda di Pusat Servis Aircond Kereta Chendering Kuala terengganu.

Jika beberapa ketika atau selepas beberapa hari fius terputus lagi kemungkinan masalah wiring macam proton wira ni.. Maaf tiada suntingan video, video asal fb live di facebook kami.