Bahaya Tidur lama dalam Aircond Kereta.

Repost Ms Auto Aircond Service20 September 2016

Bahaya Tidur Dalam Kereta…. Pernah tidur dalam kereta?

Mestilah pernah, siap aircond sejuk lagi.Ada bantal kecil dalam kereta. Kalau boleh, nak tidur lima jam. Tetapi tahukah anda bahawa risiko bahaya tidur dalam kereta kerana ianya boleh membunuh anda sendiri secara senyap?

Merujuk kepada berita kelmarin https://msauto.my/terbaru-lemas-tidur-dalam-kereta/

Sudah banyak kes kematian kerana tertidur di dalam kereta, dilaporkan. Namun, masih ramai yang tidak ambil tahu dan menganggap dakwaan itu adalah karut semata-mata. Sebagai contoh, bila rumah atau pejabat terputus bekalan elektrik, ramai yang keluar > hidupkan enjin kenderaan > buka aircond kereta dan sambung tidur.

Begitu juga di hentian Rehat dan Rawat (RNR) lebuhraya terutamanya waktu malam. Ramai yang tidur dalam kereta semasa enjin kereta dan penghawa dingin dihidupkan. Perlu tahu bahawa, bahaya tidur dalam kereta jika:

  • Enjin ON, penghawa dingin ON, tingkap tertutup rapat
  • Enjin OFF, penghawa dingin OFF, tingkap tertutup rapat pun bahaya

Mungkin ini cara paling selamat untuk tidur dalam kereta.

Bila enjin kenderaan dihidupkan dan berada dalam keadaan terbiar begitu saja dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO (karbon monoksida) daripada ekzos boleh masuk ke dalam kereta.

Ada dua cara CO membunuh:

  1. Ianya menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ.
  2. CO akan bergabung dengan oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila penghawa dingin dihidupkan dan sebab nak tidur. Kalau enjin dimatikan, tetapi tingkap tutup rapat akan menyebabkan kekurangan oksigen. Boleh kalau nak tidur dalam kereta tetapi tingkap perlu dibuka sedikit, cukup sekadar tangan dari luar tak boleh masuk. Jika dibuka besar sangat, bimbang penjenayah pula yang akan menghampiri anda.

Selain itu, letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat dan ramai orang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Pernah terasa pening bilamana terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas? Ada yang menyangka mungkin kenderaan kerap berhenti dan bergerak membuatkan anda pening kepala.

Tetapi punca sebenarnya adalah kerana keracunan CO. Semasa kesesakkan lalu lintas, penghasilan gas CO akan terhasil lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama.

Mungkin disebabkan hal ini mengakibatkan 15 orang meninggal dunia dalam kejadian kesesakkan lalu lintas yang teruk di Indonesia baru-baru ini.

Apa yang anda perlu lakukan bila terasa pening semasa terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas ialah, buka tingkap kenderaan seketika.

Atau setelah lama memandu anda boleh guna fungsi pintu angin luar pada cabin aircond kereta.

Beri ruang untuk oksigen masuk sedikit untuk keluarkan CO dari kabin. Kesimpulannya, elakkan dari tidur dalam kereta jika tiada keperluan untuk berbuat demikian. – Nizam Nasir | The Reporter

Wallahualam………

Kebanyakkan kereta baru dah ada catalytic converter pada ekzos,gagal berfungsi ke?

previous arrow
next arrow
Slider

ARTIKEL BERKAITAN
Sumber Artikel dan huraian.

http://eksidenz.com/2016/07/jangan-tidur-dalam-kereta-saintis-muda-ini-sahkan-tidur-dalam-kereta-memang-berisiko-maut/

Semoga bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment