Anggaran 40tan,nampak macam tak cukup angin tayar.. sapa kerja lori mungkin boleh agak.
Lak,ingat aircond lori adk dok sejuk.
Lori ni dari kuantan nak ke kelantan kalau dok silap tiba2 enjin merajuk depan kedai..
Makan cukup doh,minum cukup dah. Check2 rupanya kena tipu dengan jarum meter minyak.. Hah boleh pek doh hari ni drebar trailer tu kata..
Lepas isi minyak hidup sekejap merajuk balik.. Nak bleed fuel diesel ambe x tahu mana ni,lori ni baru drive x pernah kene kes abis minyak..
Dakpe lah tinggal urusan kejap biar kita bantu adik.. saya tolong bleeding.
Macam hilux,triton, kereta diesel lain gok, kalau minyak habis kene bleed buang angin dalam sistem injector dulu..mana mau hidup kalau start teruh.Ada bubble
Alhamdulillah beres hidup balik dengan cemerlang.. Adik kene alih cepat ni lori duk daktah line jalan,nak lama2 bahaya jugok orang drive laju sini..
Doh berapa RM semua?
Eh dok payahlah dik, abang belanja.
Eh jangan gitu, malu saya..
Malu apa bossku,saya kerja baiki aircond je, kalau aircond adik rosak saya cas lah, sikit je pun.. Moga orang lain pulok permudah urusan saya lepas ni..
Doh terima kasih banyak kalau gitu..
Boleh jugak se story hari ni.. kenangan 2019,semoga Adik drebar lori tadi selamat dalam perjalanan..
“Ambe memang minat lori trelar sebenornya.. kecik kecik dulu memang banyok mainan lori.Pah besor rasa darak lagi..Bahang gambo lah petang tadi”
#msautoaircondservice
#kualaterengganu
#chendering
#baikiaircondkeretakualaterengganu