Kupon servis seperti yang dijanjikan sebagai menghargai sokongan Anda.

Claim duit raya RM60 (kupon diskaun) .. Ini adalah panggilan Batch Akhir secara berperingkat sejak 29 Jun 2020

 

This slideshow requires JavaScript.

 

Sila tunjukkan Sms jemputan yang anda terima dari kami sebagai bukti anda layak menebus kupon untuk servis.

 

Kami memohon maaf atas kelewatan untuk mengumumkan dan sebagai tanda mohon Maaf Abg Jang tambah lagi kupon RM50 sempena ulang tahun hari lahir baru-baru ni.

Kupon ini sah untuk Pakej Servis Mesin Flushing sistem aircond kereta dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain dan pada sepanjang 30 JUN hingga 31 OKTOBER 2020 ni jer.

 

Penting ke servis minyak aircond kereta anda ?

 

ANTARA RUTIN SERVIS AIRCOND KERETA

83% pelanggan kami tak tahu bahawa sistem aircond kereta mereka perlu di servis setiap 30,000 KM -40,000 KM atau setahun sekali. Sama penting macam anda jaga servis Enjin atau gearbox kereta,setiap 10K km anda salin minyak enjin baru dan setiap 30K km anda salin minyak gearbox auto. Ini adalah salah satu penjagaan rutin yg wajib untuk sistem aircond.

 

RISIKO COMPRESSOR, VALVE, KEROSAKKAN TERUK SANGAT TINGGI BILA SERVIS RUTIN AIRCOND SISTEM DIABAIKAN DAN SETERUSNYA MELIBATKAN KOMPONEN LAIN.TENTUNYA KOS LAGI TINGGI JIKA TERLAMBAT.

PAKEJ SERVIS FLUSHING INI ADALAH BERNILAI RM230 – RM270 MENGIKUT JENIS, DENGAN MENGGUNAKAN KUPON INI ANDA HANYA PERLU MENGELUARKAN KOS SEBANYAK RM120 SAHAJA.

 

Bertindak sekarang untuk BOOKING SLOT:

  1. Hantar mesej nama

  2. No Plate kereta

Hantar mesej ke 👉👉 https://www.wassak.msauto.my untuk tempah temujanji sesi Servis dengan kami. Hanya 5 sesi sehari mengikut slot temujanji sahaja. Walk in terus tidak digalakkan, takut tak sempat melayani anda. Sampai ke Ms Auto tunjuk jer SMS sebagai bukiti anda layak dan terpilih untuk claim Rebet ini.

 

 

 


TUKAR ATAU TOPUP MINYAK COMPRESSOR AIRCOND?

Anda rasa? Tukar atau topup? Yang mana lebih baik? Bila topup/tambah kita tak dapat tahu kuantiti sebenar pelincir dalam sistem aircond kereta. Ya semestinya tukar minyak compressor lebih baik dengan mesin terbaru kami. Minyak sistem aircond ni ada kuantiti ikut specs kereta masing2, tak sama. Sistem aircond akan cepat rosak dan tak tahan lama terkurang atau terlebih. Contoh gambar specs kenderaan di bawah mengikut kenderaan masing2.

Peringatan kandungan minyak pada sticker ori Estima

 

 

Jadi, tukar minyak compressor ni macam mana proses dia? Anda pernah tukar minyak compressor aircond kereta tak? Bila waktu yang sepatutnya kita tukar minyak compressor aircond ni? Korang mesti tak tau kan… Kuantiti minyak pun tak boleh kurang( compressor cepat rosak) dan tak boleh lebih(akan effect jadi kurang sejuk). Ada sukatan/specs masing2 mengikut pengeluar macam gambar di bawah.

 

Peti sejuk, refrigarator rumah pun ada Sticker peringatan kandungan minyak. Berbeza ikut pengeluar macam gambar kat bawah. Step kerja ini memerlukan alatan khas, mesin seperti yg kami gunakan. Kalau main hentam jer cepatlah rosak.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

 


 

 

Di bawah ni, kami kongsikan kat korang apa itu servis flushing, apa manfaat bila korang buat servis flushing untuk tukar minyak compressor keta korang tu, dan juga kami kongsikan apakah proses dalam pakej servis flushing. Teruskan membaca!

 

APA ITU SERVIS FLUSHING SISTEM AIRCOND KERETA?
  1. Singkirkan/buang minyak compressor aircond kereta yang lama daripada sistem aircond kereta anda.

 

  1. Mesin aircond kereta khas akan teruskan proses flushing tanpa buka sebarang skru pada compressor aircond kereta.

 

  1. Mencuci sistem dalaman aircond kereta daripada kotoran ringan. Jika ada kotoran berat/ Partial berat kami tidak akan meneruskan proses kerana berisiko akan merosakkan mesin khas kami. Itu adalah tanda aircond telah tak sejuk atau kurang sejuk dan kompressor mengalami kerosakkan serius.

 

  1. Tiada langsung penggunaan chemical yang akan merosakkan sistem aircond kereta anda.

 

  1. Servis ini dapat kurangkan risiko belanja besar untuk repair aircond kereta. Servis aircond kereta anda sekarang!

 

5 MANFAAT BILA SERVIS DENGAN MESIN
  1. Memanjangkan hayat compressor aircond kereta anda dengan buang semua minyak compressor aircond yang lama. Dan minyak compressor aircond yang baru akan di ‘inject’ masuk.

 

  1. Kami menggunakan machine flushing khas untuk servis aircond kereta anda. Machine yang amat berteknologi tinggi, canggih dan terkini dan tidak sama di tempat lain jika ada menggunakan mesin.

 

3.Mesin flushing 2 way yang hanya digunakan untuk mencuci sahaja, untuk isian gas baru unit mesin khas lain digunakan. Tidak bercampur untuk cucian dan isian gas baru seperti di tempat lain yang guna All in one disebabkan kami mementingkan kualititi walaupun terpaksa berbelanja besar sedikit untuk kos mesin.

 

      4.Mengelakkan minyak compressor aircond kereta anda menjadi ‘acidic’ menghakis dan dapat kurangkan risiko kebocoran gas berlaku dalam sistem aircond kereta anda.

 

  1. Suhu di dalam kereta anda akan menjadi lebih sejuk selepas servis flushing aircond ini dilakukan.

 

  1. Anda akan dapar rasakan aircond kereta anda lebih pantas untuk menyejuk selepas switch aircond dihidupkan berbanding sebelum servis aircond kereta anda ini dibuat.

 

Saga Flx minyak lama dan terlebih masa x servis – compressor ada bunyi noise

 


APA YANG TERMASUK DALAM PAKEJ SERVIS MESIN SISTEM AIRCOND?

 

Kami akan melakukan langkah-langkah yang berikut :

 

  1. Diagnose / Pemeriksaan minyak sistem aircond kereta anda secara Live dengan Mesin Khas(jika masih bersih,cantik boleh kami setkan anggaran kilometer seterusnya untuk dibuat servis.

 

  1. Flushing buang minyak compressor aircond lama menggunakan machine aircond khas.

 

  1. Tukar filter drier jika perlu. (Kami sarankan jika lebih 70k KM tidak buat servis)

 

  1. Tukar expansion valve jika perlu. (Kami sarankan jika lebih 70k KM tidak buat servis)

 

  1. Inject minyak compressor aircond yang baru ke dalam compressor aircond kereta anda(Branded synthetic oil) dan jenis minyak yang  betul akan digunakan mengikut kenderaan.

 

  1. Deep vacuum untuk singkirkan segala moisture (kelembapan)/singkir kandungan udara atmosfera.

 

  1. Vacuum leak test sebelum gas R134a dimasukkan.

 

  1. Gas R134a dimasukkan mengikut spesifikasi.

 

  1. Selesai proses servis aircond kereta. Sekitar 1jam – 1 1/2 jam jika filter dryer @ valve tidak perlu ditukar.

 

 

BILA KENA BUAT SERVIS FLUSHING TUKAR MINYAK COMPRESSOR NI?

Buat servis ni secara berkala / berjadual. Macam minyak enjin kereta anda tu, ada yang pakai 5,000 km, tukar minyak baru. Ada yang pakai sampai 10,000 km, lepas tu tukar minyak baru. Jadi untuk sistem aircond kereta ni, kita tukar minyak compressor setiap 30,000 km – 40,000 km atau setahun sekali. Tukar minyak compressor ni guna machine aircond khas macam info dekat atas yang anda baca tadi. Semoga bermanfaat!

 

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Tahniah kepada pelanggan setia Ms Auto yg terpilih dan yang telah menebus servis dengan kupon istimewa kami. Sempena menghargai sokongan anda selama ini kepada kami dan juga Hari baik bulan baik ini kami hadiahkan Voucher Duit Raya kepada anda. Tawaran ini juga bersempena cabaran Krisis Covid 19 yang sama2 kita hadapi dan akan tamat bila2 masa dan hanya untuk 250 orang pelanggan sedia ada kami sahaja.

Bertindak sekarang untuk BOOKING SLOT:

  1. Hantar mesej nama

  2. No Plate kereta

Hantar mesej ke 👉👉 https://www.wassak.msauto.my untuk tempah temujanji sesi Servis dengan kami. Hanya 5 sesi sehari mengikut slot temujanji sahaja. Walk in terus tidak digalakkan, takut tak sempat kereta penuh. Sampai ke Ms Auto tunjuk jer SMS sebagai bukiti anda layak dan terpilih untuk claim Kupon ning.