Nak baiki Aircond kereta kancil pun nak kene dukung ke?

Anda pernah kena dok situasi macam ni. Nak tarik kereta pakai tali jumpa polis/jpj kang kene saman.Nak tak kalau kereta rosak ke,bini bawak kereta habis minyak ke tunda free jer.Kalau kereta rosak kat luar tapi nak baiki takut dok cukup duit lagi hantar je kereta ke rumah simpan dulu.

Mungkin ada yg tak tahu lagi boleh tunda free jer,syaratnya kena ada insurans lah.Ramai yang ambik insurans tapi tak tahu yang insurans kereta dah cover sekali tunda percuma sekitar 60km dan limit setahun 2 atau 3 kali jer. Alang – alang ada servis ni guna lah sebaiknya yer.

Kene check dulu polisi insurans yang kita ambil tu.Kebanyakkan kita pakai ambik jer nak sambung roadtax.Nanti Abg Jang update syarikat insuran yang cover servis tunda free ni yer.Kalau insurans kereta saya tak cover tunda percuma macam mane yer? Dakpe nanti  Abg jang update servis towing hok dok cekik darah sekitar kuala Terengganu ning.

Masalah kancil ning pun asalnya masalah kecik jer,bukan masalah aircond pun sebenornya.Tapi bila dok sedar nak balik rumah kereta tak leh nok start.Tunda baliklah malam2 nak baiki susah jogok kedai sparepart tutup.

Nanti siap baiki Abg Jang update kat page facebook Ms Auto Aircond yer takut kena kat saing2 susah kesian jugak.Rasa macam berdosa kalau kita tahu tapi dok share dengan saing-saing.

 

Ok lewat dah esok nak baiki kancil ni pulok.Esok ada cerita anjing langgar kereta Ustaz Azhar pulok.Kalau dang Abg Jang update yer.

3 Comments

  1. amin
    • msautoaircondservice
    • msautoaircondservice

Leave a Comment