SERVIS DAN BAIKI AIRCOND KERETA BINTANG 3 BIG BOH USTAZ AZHAR IDRUS

Kali ni servis aircond kereta bintang tiga big boh Ustaz Azhar pulok. Bila masuk servis di Ms Auto abih bende lah kita tolong check. Ishh dok boleh dah gini ustaz,Kang jadi bende tengah jalan susah kita. Ejas bagi comel selalulah. Masalah aircond selesai dah kita tolong check hok lain skali.

 

Mercs B170 steering rack problem,door auto lock problem dan sekali tuning ECU kami buat.

Terima kasih Mbong juragang dan Zuan Halfcut Pulau musang bagi special price dan trade in sparepart untuk big boh.

 

Dang jugok ambe tanya Ustaz Azhar,kereta ni dengan Golf Gti mana sedak ustaz?

Hah mbeng sedak kereta Golf lah Lepong Lepong dang direct shift gear.Tapi sakit kepala kene masalah sensor sokmo.Sensor pulok gegor harga.

Baik paka hok ninglah dok sakit kepala.Mmm dok jadi lah abg Jang nak ambik kereta Golf Gti dah ustaz cerita gitu.Ingat bulan depan nak gi tengok mk6..haha

Spare part kereta Merc ustaz order k.L,lambat sikit lah nak ke siap.Minta maaf banyok ustaz abih ejas dah wak derah.

Ada satu lagi masalah yg kami check mentol signal belakang dok menyala.Bagi anda yang guna kereta continental Bmw,Merc dan lain2 mungkin tahu hal ni. Mentol lampu yg terbakar kene ganti dengan yang sama value dengan asal.Label Voltage anda tengok memang sama 12v, nilai kuasa mentol (watt) pun anda kene guna sama dengan yang asal. Kalau abaikan value watt ECU computer akan naik error dan bagi kereta Merc B170 ning blinking masa on turn signal kadang2 jadi gila dan ECU status error.

Kereta conti memang gini..Ecu dia centralized abih dengan dengan sistem walaupun mentol kecik jer.Dok leh buat lebih kurang.Nanti abg jang cari gambo dan update sini.Nok derah bekpun lewat doh.Esok kerja lagi nak bantu pelanggan hok mari ada masalah aircond kereta.Jumpa lagi ye,nanti sambung artikel ning.

 

Assalamualaikum.

 Siap basuh kilat&kami boleh tolong hantar (dengan Request).

#Msautoaircondservice
#uai #serviceaircondkeretachenderingkualaterengganu

Leave a Comment