Aircond proton wira tak sejuk kereta hampir terbakar

Aircond proton wira tak sejuk kereta hampir terbakar

Masalah aircond kereta juga ada pengalaman mengerikan. Ramai yang bertanya secara Online kepada  Abg Jang. Berdasarkan simtom2 yang diberikan masalah aircond kereta tiba2 tak sejuk ni kami hanya dapat berikan andaian awal berdasarkan masklumat yang diberi.

Untuk kesan lebih tepat perlu buat pemeriksaan secara Live macam kereta wira ning. Walaupun kereta sama ada juga masalah atau punca berlainan.

Masalah pendawaian/elektrikal ni jangan ambik mudah ye, jangan tunggu sampai kereta hangus dulu.. Petanda awal yang muncul jangan tanguh – tanguh.
Antaranya.
-Blower aircond ada bunyi pelik..
-Ada aksesori lain dalam kereta tiba2 dok berfungsi
-Ada aksesori hidup sendiri, x boleh off
-Bateri tiba2 rosak/kong
-Ada bau hangit.
Kebanyakkan kes yang berlaku disebabkan sebab Human Error. Alhamdulillah owner kereta proton wira ni tersedar dan cepat2 hantar untuk pemeriksaan.
Jangan buat biaser biaser.. Kes pertama kereta tempatan untuk tahun 2021, masalah wiring dan kereta hampir terbakar. Safety fuse totaly failed.
Tahun lepas banyak Bmw, mercedes lapu kacang kes gini. Beli merc secondhand, belakang dashboard penuh serbuk pemadam api
Esok khamis dah, mungkin x sempat siap lagi proses bedah dan ganti urat saraf baru. Terima kasih owner wira sebab sabar menunggu dan faham masalah yang berlaku.

Boleh singgah untuk pemeriksaan percuma. Barulah masalah sebenar boleh dikenalpasti dan budjet/kos baiki boleh dibuat.

Jom follow tiktok kami..

Ramai yg kata pakai Bmw kos baiki tinggi..

Ramai yg kata pakai Bmw kos baiki tinggi..

Bergantung jenis komponen kerosakkan jugak, kalau maintenance dok jaga, sekali rosak besarlah kos baiki.

Harga Spare part kereta model ni kalau kat halfcut kene molek kereta tempatan mahal lagi. Walaupun mahal sikit tapi tahan lasak dan milage tinggi. Kualiti lain dengan barang tempatan. Tak caya try banding harga gear box…….

Contoh macam masalah Bmw E46 ning, masalah power window. Kalau kereta tempatan kebanyakkan masalah motor,suis panel, regulator power window seketul patah berkarat kos baiki sekitar rm80 – rm200 bergantung komponen yg rosak. Model ni suis power window memang kami x jumpa kes lagi suis panel rosak. Regulator power window E46 ning pun design lain dari kereta tempatan,asia. Nampak desingn macam payah nak rosak.

Masalah dia cable lug patah dan hook kabel terlucut je. Kalau saing2 ada pakai model gini dan ada masalah macam ni boleh try fix sendiri.

Bro Hartanah ni dah survey kat kedai kene tukar cable link seketul katanya. Cuma nak pergi keda pulok tutup. Nasib dok baik lah masuk singgah di Ms Auto, setelah diteliti Abg Dam tengok boleh pakai lagi ni, sangkut je balik dalam cable link ni. Jangan guna gam nanti merekah tercabut balik. Guna cable tie je.

Harga baiki pun Abg Dang cas cable Tie je rm6 x 4. Dia nak pergi beli kat hardware 20 sen je satu. Kami kata dok boleh, masuk sini kene pakai cable tie sini.

Terima kasihlah Bro Pa singgah sini,

Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian hadapan iaitu pemandu dan penumpang.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.

Model bagi penggantian semula inflator bahagian pemandu adalah Civic (model tahun 2006-2007 dan 2009-2011), CR-V (2007-2008 dan 2010-2011), Stream (2010 dan 2012), Insight (2011-2012), City (2009-2013) serta Jazz (2012-2013).

Penggantian bahagian penumpang hadapan pula membabitkan Accord (model tahun 2003, 2005-2006, 2008-2009 dan 2011-2012), Stream (2003-2005), CR-V (2002-2009), Jazz (2003-2007 dan 2009-2012), City (2003-2009) serta Civic (2003-2011).

“Kami sekali lagi memohon maaf atas kesukaran yang dihadapi pelanggan. Oleh kerana keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Honda, syarikat ini percaya usaha penggantian ini amat wajar sebagai langkah awal.

“Oleh itu, kami menggesa pelanggan terbabit untuk tampil bagi membolehkan inflator beg udara Takata itu digantikan dengan seberapa segera.

“Honda Malaysia juga merayu pelanggan Honda lain yang terbabit tetapi belum membuat penggantian beg udara Takata itu agar tampil dengan seberapa segera. Ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan dalaman yang melampau apabila diaktifkan dan menyebabkan kecederaan atau maut,” kata syarikat itu.

Stok penggantian inflator beg udara hadapan untuk 23,476 unit kereta itu akan dijalankan secara berperingkat, kata Honda Malaysia.

Malah, syarikat itu memberi jaminan untuk berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesediaan 100 peratus stok dalam jangka masa singkat.

Usaha penggantian tersebut adalah percuma dan kos itu ditanggung oleh syarikat berkenaan.

“Honda Malaysia mahu menegaskan bahawa kesemua model kenderaan jualan semasanya adalah berdasarkan kawalan ketat dan telus demi keselamatan pelanggan,” katanya.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat status panggilan semula kenderaan mereka menerusi www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-2020.

  • SUMBER BERNAMA

 

Aircond proton wira tak sejuk kereta hampir terbakar

Masalah aircond kereta juga ada pengalaman mengerikan. Ramai yang bertanya secara Online kepada  Abg Jang. Berdasarkan simtom2 yang diberikan masalah...
Read More

KERETA TOYOTA HARRIER 2018 AIRCOND KURANG SEJUK

SIAPA LAGI YANG GUNA TOYOTA HARRIER TAPI BENGANG AIRCOND DOK SEJUK WALAUPUN DAH HABIS DUIT GI BAIKI Harrier 2018 masih...
Read More

Ramai yg kata pakai Bmw kos baiki tinggi..

Bergantung jenis komponen kerosakkan jugak, kalau maintenance dok jaga, sekali rosak besarlah kos baiki. Harga Spare part kereta model ni...
Read More
Ramai yg kata pakai Bmw kos baiki tinggi..

Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk...
Read More
Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

Testimoni servis aircond kereta SUV Chevrolet Captiva 2.0 D

https://www.youtube.com/watch?v=JaIwR36ccyk&t=17s   Terima feedback dari pelanggan yg singgah selepas drive dari kuala terengganu - Kota Bharu - Kuala Terengganu. Kebetulan...
Read More
Testimoni servis aircond kereta SUV Chevrolet Captiva 2.0 D

Video raya Ms Auto Aircond Chendering 2020

    Salam Aidilfiri, Maaf zahir batin buat yang mengenali kami dan buat semua umat islam..
Read More
Video raya Ms Auto Aircond Chendering 2020

Salam aidilfitri, Maaf zahir batin dari kami Ms Auto

  Raya tahun 2020 PKPB berbeza dalam sejarah hidup. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم Semoga Allah menerima amal/puasa kita. Mudahan kita...
Read More
Salam aidilfitri, Maaf zahir batin dari kami Ms Auto

Cuti Aidilfitri Ms Auto Aircond Servis chendering

  PERHATIAN!!! MS Auto akan mula cuti hari raya Aidilfitri pada 21 - 29 mei 2020, dan akan mula kembali...
Read More
Cuti Aidilfitri Ms Auto Aircond Servis chendering

MINYAK BOCOR JUGA PUNCA AIRCOND KERETA TAK SEJUK

MINYAK ENJIN BOCOR JUGA ANTARA PUNCA AIRCOND KERETA KEJAP SEJUK,KEJAP DOK SEJUK Hah,betul ke? Ni biasa berlaku bagi jenis kereta...
Read More
MINYAK BOCOR JUGA PUNCA AIRCOND KERETA TAK SEJUK

MARI PULOK PROTON IRIZ AIRCOND BANJIR DALAM KERETA BARU NI

Debo jugok ingat masalah sama lagi -aircond banjir dalam kereta -minyak petrol mentekedarah -enjin ada semput sikit -masalah lipas. Rupanya...
Read More
MARI PULOK PROTON IRIZ AIRCOND BANJIR DALAM KERETA BARU NI
Cuti Aidilfitri Ms Auto Aircond Servis chendering

Cuti Aidilfitri Ms Auto Aircond Servis chendering

 

PERHATIAN!!!
MS Auto akan mula cuti hari raya Aidilfitri pada 21 – 29 mei 2020, dan akan mula kembali operasi pada 30 mei 2020.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat semua 😍🥰

 

*operasi bermula 30 mei – 1 jun telah penuh, diharapkan anda membuat temujanji dahulu untuk 2hb jun yang masih ada slot booking kerana operasi kami masih dalam SOP PKPB. Harap maklum

Ikuti channel telegram kami di https://www.telegram.msauto.my untuk info terkini.