MINYAK BOCOR JUGA PUNCA AIRCOND KERETA TAK SEJUK

MINYAK ENJIN BOCOR JUGA ANTARA PUNCA AIRCOND KERETA KEJAP SEJUK,KEJAP DOK SEJUK

Hah,betul ke? Ni biasa berlaku bagi jenis kereta yang jenis magnet coil

compressor 1 kabel. Kereta myvi old model, dan lain2 kereta yang guna

kompressor pengeluar ND seperti proton waja dan lain2.

 

NiĀ  salah satu punca masalah aircond kereta myvi model lama sekejap sejuk kejap dok sejuk.

1 kabel digunakan sebagai +VE volt(api masuk) dan body sebagai -VE. Bila

ada kebocoran minyak enjin(biasanya dari atas headcover) atau kebocoran minyak

pum power stering.

 

Minyak yg terkumpul berjemaah akan bergabung dengan habuk2, debu,pasir dan akan

menghalang pengaliran arus elektrik pada body magnet coil kompressor.

Macam kes myvi old model ning, nampak kompressor baru lagi masalah aircond kejap sejuk

dan kadang2 jadi x sejuk. Sebab itu penting anda buat pemeriksaan yang betul dan tepat kerana

ada 43 sebab atau punca masalah aircond tak sejuk ning. Sebelum ni pung kami

ada buat perkongsian masalah lebih kurang sama bagi proton waja 2001.

 

Check betul2 dan pastikan anda jumpa masalah sebenar agar anda tidak rugi

atau anda jenis suka try tukar2 barang.He he

Selamat tahun baru 2020 kami ucapkan kepada pengunjung msauto.my

 

#msauto
#bukansekadarsejuk
#chendering
#kualaterengganu
#msautoaircond

Leave a Comment