Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian hadapan iaitu pemandu dan penumpang.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.

Model bagi penggantian semula inflator bahagian pemandu adalah Civic (model tahun 2006-2007 dan 2009-2011), CR-V (2007-2008 dan 2010-2011), Stream (2010 dan 2012), Insight (2011-2012), City (2009-2013) serta Jazz (2012-2013).

Penggantian bahagian penumpang hadapan pula membabitkan Accord (model tahun 2003, 2005-2006, 2008-2009 dan 2011-2012), Stream (2003-2005), CR-V (2002-2009), Jazz (2003-2007 dan 2009-2012), City (2003-2009) serta Civic (2003-2011).

“Kami sekali lagi memohon maaf atas kesukaran yang dihadapi pelanggan. Oleh kerana keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Honda, syarikat ini percaya usaha penggantian ini amat wajar sebagai langkah awal.

“Oleh itu, kami menggesa pelanggan terbabit untuk tampil bagi membolehkan inflator beg udara Takata itu digantikan dengan seberapa segera.

“Honda Malaysia juga merayu pelanggan Honda lain yang terbabit tetapi belum membuat penggantian beg udara Takata itu agar tampil dengan seberapa segera. Ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan dalaman yang melampau apabila diaktifkan dan menyebabkan kecederaan atau maut,” kata syarikat itu.

Stok penggantian inflator beg udara hadapan untuk 23,476 unit kereta itu akan dijalankan secara berperingkat, kata Honda Malaysia.

Malah, syarikat itu memberi jaminan untuk berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesediaan 100 peratus stok dalam jangka masa singkat.

Usaha penggantian tersebut adalah percuma dan kos itu ditanggung oleh syarikat berkenaan.

“Honda Malaysia mahu menegaskan bahawa kesemua model kenderaan jualan semasanya adalah berdasarkan kawalan ketat dan telus demi keselamatan pelanggan,” katanya.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat status panggilan semula kenderaan mereka menerusi www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-2020.

  • SUMBER BERNAMA

 

Ramai yg kata pakai BMW kos baiki tinggi..

Bergantung jenis komponen kerosakkan jugak, kalau maintenance dok jaga, sekali rosak besarlah kos baiki. Harga Spare part kereta model ni...
Read More
Ramai yg kata pakai BMW kos baiki tinggi..

Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk...
Read More
Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta

Testimoni servis aircond kereta SUV Chevrolet Captiva 2.0 D

https://www.youtube.com/watch?v=JaIwR36ccyk&t=17s   Terima feedback dari pelanggan yg singgah selepas drive dari kuala terengganu - Kota Bharu - Kuala Terengganu.  ...
Read More
Testimoni servis aircond kereta SUV Chevrolet Captiva 2.0 D

Video raya Ms Auto Aircond Chendering 2020

    Salam Aidilfiri, Maaf zahir batin buat yang mengenali kami dan buat semua umat islam..
Read More
Video raya Ms Auto Aircond Chendering 2020

Salam aidilfitri, Maaf zahir batin dari kami Ms Auto

  Raya tahun 2020 PKPB berbeza dalam sejarah hidup. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم Semoga Allah menerima amal/puasa kita. Mudahan kita...
Read More
Salam aidilfitri, Maaf zahir batin dari kami Ms Auto

Cuti Aidilfitri Ms Auto Aircond Servis chendering

  PERHATIAN!!! MS Auto akan mula cuti hari raya Aidilfitri pada 21 - 29 mei 2020, dan akan mula kembali...
Read More
Cuti Aidilfitri Ms Auto Aircond Servis chendering

MINYAK BOCOR JUGA PUNCA AIRCOND KERETA TAK SEJUK

MINYAK ENJIN BOCOR JUGA ANTARA PUNCA AIRCOND KERETA KEJAP SEJUK,KEJAP DOK SEJUK Hah,betul ke? Ni biasa berlaku bagi jenis kereta...
Read More
MINYAK BOCOR JUGA PUNCA AIRCOND KERETA TAK SEJUK

MARI PULOK PROTON IRIZ AIRCOND BANJIR DALAM KERETA BARU NI

Debo jugok ingat masalah sama lagi -aircond banjir dalam kereta -minyak petrol mentekedarah -enjin ada semput sikit -masalah lipas. Rupanya...
Read More
MARI PULOK PROTON IRIZ AIRCOND BANJIR DALAM KERETA BARU NI

MASALAH POWER DOOR TOYOTA ESTIMA ACR 50 TENGGELAM BANJIR

Aircond ok dah, kami selesaikan masalah power door toyota estima stuck atau lekat x boleh buka. Lepas buat pemeriksaan kami...
Read More
MASALAH POWER DOOR TOYOTA ESTIMA ACR 50 TENGGELAM BANJIR

Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta.

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk...
Read More
Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kereta.

Leave a Comment