Debo jugok ingat masalah sama lagi
-aircond banjir dalam kereta
-minyak petrol mentekedarah
-enjin ada semput sikit
-masalah lipas.
Rupanya lampu signal depan tak nyala jer, Fuhh lega sikit hati ni. Kami bantu nyalakan balik dan tanya feedback lepas servis baru ni.
Alhamdulillah mengikut maklum balas owner dah drive Iriz ni ke K.Trg – K.L minyak rm70 sehala berbanding sebelum ni rm70 hanya sampai K. Trg – Kuantan.
Lega dan puas hati rasanya dapat bantu masalah Iriz Abg Chik ni. Result positif bagi yg buat servis, baikpulih mengikut nasihat kami dan ini tidak mungkin terjadi jika owner Iriz demand nak servis dengan bajet nak potong habis harga hingga rasa nak bernafas pun susah.
Kami tahu apa yang terbaik untuk anda dan sehabis daya bagi yang terbaik. Thanks for the trust Abg Chik!
Aircond ok dah, kami selesaikan masalah power door toyota estima stuck atau lekat x boleh buka. Lepas buat pemeriksaan kami jumpa kesan kereta ni tenggelam banjir.
Sambil run test operasi automatik power door ni kami ambil video sebagai panduan kepada anda agar boleh berhati – hati selepas ni untuk beli kereta terpakai lepas ni. Lagi2 kalau kereta yang ditawarkan agak murah berbangding harga pasaran. Kalau harga biasa lagi naya.
Hampir setahun lebih digunakan baru mari masalah power door. Satu lagi nasihat kami jangan bertangguh servis power door ni hingga pintu dah tak boleh buka atau auto door dah failed. Kerosakkan mekanikal seperti bush,motor, bearing lebih teruk jika berterusan guna hingga rosak.
Takut terbeli kereta murah tapi terendam banjir? Apa yang perlu anda tahu atau Anda kenal kenal kawan2 yg ada masalah gini? duit dah banyok habis tapi masalah x selesai?
KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian hadapan iaitu pemandu dan penumpang.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.
Model bagi penggantian semula inflator bahagian pemandu adalah Civic (model tahun 2006-2007 dan 2009-2011), CR-V (2007-2008 dan 2010-2011), Stream (2010 dan 2012), Insight (2011-2012), City (2009-2013) serta Jazz (2012-2013).
Penggantian bahagian penumpang hadapan pula membabitkan Accord (model tahun 2003, 2005-2006, 2008-2009 dan 2011-2012), Stream (2003-2005), CR-V (2002-2009), Jazz (2003-2007 dan 2009-2012), City (2003-2009) serta Civic (2003-2011).
“Kami sekali lagi memohon maaf atas kesukaran yang dihadapi pelanggan. Oleh kerana keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Honda, syarikat ini percaya usaha penggantian ini amat wajar sebagai langkah awal.
“Oleh itu, kami menggesa pelanggan terbabit untuk tampil bagi membolehkan inflator beg udara Takata itu digantikan dengan seberapa segera.
“Honda Malaysia juga merayu pelanggan Honda lain yang terbabit tetapi belum membuat penggantian beg udara Takata itu agar tampil dengan seberapa segera. Ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan dalaman yang melampau apabila diaktifkan dan menyebabkan kecederaan atau maut,” kata syarikat itu.
Stok penggantian inflator beg udara hadapan untuk 23,476 unit kereta itu akan dijalankan secara berperingkat, kata Honda Malaysia.
Malah, syarikat itu memberi jaminan untuk berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesediaan 100 peratus stok dalam jangka masa singkat.
Usaha penggantian tersebut adalah percuma dan kos itu ditanggung oleh syarikat berkenaan.
“Honda Malaysia mahu menegaskan bahawa kesemua model kenderaan jualan semasanya adalah berdasarkan kawalan ketat dan telus demi keselamatan pelanggan,” katanya.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat status panggilan semula kenderaan mereka menerusi www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-2020.
Allah swt sediakan sebulan ramadhan sebagai madrasah untuk mempersiapkan menjadi mukmin yang taqwa. Maka persiapkan segala kekuatan untuk menjadikan bulan ini, bulan tarbiyah dan dakwah.. Bulan yang mendidik kita semua untuk menjadi mukmin,muslim,daie yang bersih hati.
Kami doakan semua dapat lulus dengan cemerlang melalui madrasah ramadhan tahun ini.
Puasa tahun ini agak mencabar di kuala Terengganu dengan cuaca panas atau status gelombang haba yang melanda. Banyakkan minum air masak semasa bersahur dan lepas berbuka. Jangan ponteng puasa tuu..
Mohon kemaafan dari kami, Ms Auto Aircond Service.
Ramadhan Kareem
Selamat Menyambut Ramadan 2019/1440
Semoga anda beroleh Rahmat,keampunan dan keberkatan…
Dimaklumkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 27/3/2019 (Rabu) sekitar jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang di
a) Kuala Terengganu, Terengganu
b) Pulau Bum Bum, Semporna Sabah
c) Tuaran, Sabah
Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MMD akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.
Jangan gelaboh ye..kalau compressor aircond anda ada berbunyi anda patut gelaboh, duit anda akan habis.