Aircond sejuk + tinted habis gelap memang cool habis kereta tengah cuaca terik bulan puasa ni dan nak menjelang raya nanti. Baru selesa pemanduan. Maklumlah cuaca panas dan fenomena gelombang Haba belum reda di Kuala Terengganu.
Baru sejuk dan nyaman kita dalam kereta nanti. Tapi 3 cermin belakang jer. Nak balut/tinted habis gelap sutir kereta bayar lah rm5k jika lulus untuk 2 tahun ye.
Semalam Menteri Pengangkutan ada buat sidang media berkenaan tinted gelap kereta. Anda boleh rujuk infografik dari Bernama.
Anda nak full tinted habis gep ke? 3 tinted belakang full 100% cukup dah rasanya. Tepi depan 70%.
Allah swt sediakan sebulan ramadhan sebagai madrasah untuk mempersiapkan menjadi mukmin yang taqwa. Maka persiapkan segala kekuatan untuk menjadikan bulan ini, bulan tarbiyah dan dakwah.. Bulan yang mendidik kita semua untuk menjadi mukmin,muslim,daie yang bersih hati.
Kami doakan semua dapat lulus dengan cemerlang melalui madrasah ramadhan tahun ini.
Puasa tahun ini agak mencabar di kuala Terengganu dengan cuaca panas atau status gelombang haba yang melanda. Banyakkan minum air masak semasa bersahur dan lepas berbuka. Jangan ponteng puasa tuu..
Mohon kemaafan dari kami, Ms Auto Aircond Service.
Ramadhan Kareem
Selamat Menyambut Ramadan 2019/1440
Semoga anda beroleh Rahmat,keampunan dan keberkatan…
Dimaklumkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 27/3/2019 (Rabu) sekitar jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang di
a) Kuala Terengganu, Terengganu
b) Pulau Bum Bum, Semporna Sabah
c) Tuaran, Sabah
Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MMD akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.
Jangan gelaboh ye..kalau compressor aircond anda ada berbunyi anda patut gelaboh, duit anda akan habis.
Cuaca tak menentu tanda berakhir dan beralih monsun timur laut
Ambil langkah waspada dengan nasihat yg dikeluarkan oleh pihak berwajib. Patuhi amaran semasa yg dikeluarkan dan rancang perjalanan anda.
Jaga keselamatan diri dan keluarga, harta benda dan kenderaan anda terutamanya.
Pastikan juga kesihatan kenderaan anda berada dalam keadaan yg baik, begitu juga dengan keadaan aircond kereta anda yang penting dalam keadaan cuaca yg tidak menentu.Pastikan servis mengikut jadual bukannya servis bila dah meragam.
Macam kesihatan manusia itu sendiri. Mencegah lebih baik dari mengubati yg roliknya memerlukan kos yg lebih tinggi. Berbeza dengan menjaga kesihatan sejak dari awal.
Pesanan untuk semua.Untuk dibantu masalah aircond kereta anda layari www.msauto.my