Macam biasa cepat rosak, tersumbat, bocor bila aluminium coil terhakis/oksida dengan kehadiran habuk secara berjemaah pada coil penyejuk kereta anda.
Pastikan airfilter cabin anda dicuci atau bersihkan 2 bulan sekali atau setiap 5k km jarak perjalanan.
Kereta jaman sekarang.. lambat sikit cuci airfilter, habuk akan masuk ikut celah airfilter bila flow penapis aircond tersumbat habuk..
Memang kami dah biasa walaupun kereta masih baru cooling coil dah bocor. Design dok macam kereta generasi sebelum ni contohnya wira, iswara, saga. Cooling coil zaman ni kasar, sirip agak besar, aluminium yg digunakan agak tebal dan dok manja macam kereta zaman lening. Ada kereta baru yg perjalanan dok sampai 100k km dah bocor cooling coil.
Memang kami suka, ada jugak kerja cuma peringatan untuk anda agar lebih berjaga-jaga. Maklumlah wallet dok sentiasa tebal.
Belanja pun agak kasar kereta model sekarang berbanding model lama semua kena cabut dashboard, wiring untuk sengara.