Tutorial bagi masalah aircond proton pesona atau gen2 kadang2 tak sejuk, bila langgar lubang aircond on-off sendiri atau aircond control panel jadi gila. Bagi masalah sebegini perhatikan indicator LED compressor (atau simbol salji) berkelip2 dengan sendiri.

 

Jangan tukar baru dulu panel aircond tersebut. Anda boleh cuba servis dulu atau singgah ke lokasi di Pusat Servis Aircond Kereta Chendering Kuala Terengganu dan dapatkan servis kami jika takut risiko patah atau rosak jika buat sendiri.

Bagi sesetengah kes, masalah panel aircond proton pesona atau gen2 yg tidak pulih selepas servis contact rotary switch ini, sila perhatikan track circut PCB board tersebut. Jika ada kesan calar yg teruk(hilang warna emas/tembaga), track tembaga tersebut perlu dibuat layer baru dengan teknik soldering paste(layer nipis sahaja). Nantikan next video @ update dari kami untuk masalah tersebut. …..

 

Kami tidak bertanggung jawab ke atas risiko jika berlaku kecuaian akibat video ini. Jika ragu dapatkan servis dari mereka yang pakar. Segala risiko jika berlaku kerosakkan adalah tanggungjawab anda sendiri.

 

Maaf tiada suntingan video, video asal fb live di facebook kami.