Masalah aircond ke kak? Kereta baru lagi ni, milage baru 7000km, macam baru beli bulan lepas je kereta ni aircond dah ade masalah ke?

.
Perodua myvi 2019 @ Myvi baby shark do do doo Panel kawalan aircond tak hidup.
Model ni macam rumit je nak trace problem,tak pernah masuk lagi model kereta ni sebab baru lagi. Panel kawalan aircond pun full digital/elektronik tak macam aircond myvi lagibest.

 

.
Akak bawak gi claim warranty lah, kalau saya sentuhkan nanti akak nak bagi upah ke saya lagi.

Akak gi dah Abg Jang, janji nak call balik tunggu Panel kawalan aircond baru sampai. Tapi dah masuk 3 minggu bawak kereta tak dok aircond musim – musim panas pulok ni. Saya mari jelah sini sebab dok tahan aircond kereta myvi tak sejuk langsung.

Oklah kalu macam tu, nyakye ni kalau dah 3 minggu aircond tak sejuk, kereta baru tapi aircond tak dok macam di gurun lah dalam kereta musim panas ni.
Akak tunggu jap yer.

-Panel control digital problem,wont start✔️
-Ecu ok✔️
-fuse ok✔️
-Voltage supply ok ✔️
-Tuning ok✔️
-Cabut panel bawak masuk bilik bedah..

 


Alhamdulillah lepas 10 minit selesai masalah Aircond tak sejuk Kereta Myvi 2019 shark do do baru ni. ?❤️
Tak payah tukar panel baru, switch panel boleh kami baiki, boleh solve problem ni tanpa rosakkan sticker warranty dengan teknik khas. Nak tunggu panel baru pun mungkin stok belum ada sebab masih baru model myvi ni.


Siap pasang dan test balik , Abg Jang ajok akak ni bergambar tapi malu☺️. Kene ambik gambar ni kak, boleh saya post kat fesbuk, cer akak bayang kat luar sana orang ada masalah sama macam kereta akak. 3 minggu aircond myvi ni tak sejuk akak bawak kereta musim panas, kesian saya tengok, Alhamdulillah akak ni setuju

 

Nanti saya nak kabo masalah macam kereta akak ni ke orang lain, saya tak boleh tengok gini, nyakye sangat.

Jangan lupa Syer ye, Mana tahu ada kawan2 atau anok beranok kita ada masalah ni. 3 minggu aircond dok sejuk nyakye tu. ?