Dari dulu lagi kami pesan benda paling senang dan asas iaitu jaga air filter aircond. Kegagalan ikuti nasihat ini bakal merugikan kewangan anda dan mencecah sehingga ribuan ringgit. Cuba check dalam hidung anda. Pencipta kita telah menciptakan bulu hidung yang berfungsi memerangkap habuk,kotoran dari terus masuk ke dalam paru-paru. Sampai masa kita korek dan buang kotoran iaitu tahi hidung.Cuba bayangkan anda cabut semua bulu hidung. Mau meninggal atau masuk hospital rasanya

Asasnya sama macam fungsi Air filter cabin aircond kereta atau pun air cleaner filter enjin untuk melindungi throttle body/intake manifold daripada kotor.3 hidung pada. Masalah terjadi bila kereta keluar dari kilang tak dipasang air filter cabin aircond. Bukan Vios ni je,kereta terbaru Honda BRV 2019 pun kes sama.Anda rujuk balik posting kami sebelum ni.

Kotak air filter masih dara dan belum ditebuk sejak keluar kilang.

Air melimpah macam air terjun.Kalau biar lama sikit agi,abis ECU baru lah.

Kes toyota Vios first model kelmarin, pelanggan urgent berkejar ke Airport Sultan Mahmud,tapi tiba tiba banjir ada air terjun pada kaki sebelah penumpang.Air dah mula jatuh atas ECU (elektronik Computer Unit) iaitu jantung bagi sesebuah kereta.

Nasib baik ada sokmo. Mujur owner Toyota Vios ni pantas singgah di Ms Auto Aircond, kami berikan rawatan kecemasan dan untuk rawatan awal kami bersihkan dulu laluan air keluar aircond dengan teknik khas. Kotoran dan habuk tidak hilang sepenuhnya cuma untuk sementara bagi melancarkan air keluar yang memeluap dari cooling coil aircond kereta. Owner berkejar untuk meneruskan urusan di Airport Kuala Terengganu.

Boleh rujuk posting lama kami berkenaan air filter kabin bagi aircond kereta.

Setelah keringkan ECU,pasang semula

Untuk ECU kereta kami terpaksa balut dengan plastik buat sementara untuk kurangkan risiko jika air keluar tersumbat balik air tak akan jatuh masuk dalam ECU. Semua dah tahu harga ECU ni,boleh kering poket kalau serentak kena masalah ni.

Amaran: Jika kereta anda mengalami masalah sama dengan Vios ni, jangan balut ECU dengan plastik. Bagi ECU yang menggunakan casing Aluminium ia berfungsi untuk melepaskan haba dari ECU semasa beroperasi. Cara ini hanya sementara semasa kecemasan dan memerlukan servis dan cooling coil wajib dicuci untuk elakkan air melimpah berulang.

Bagi kereta model lama yang tak ada air filter masalah ni dok kritikal mana dan kos tidak setinggi kereta model baru. Dashboard tak perlu dibuka untuk senggara dan tiada ECU bagi model karburetor.

Contoh cooling coil Myvi Lagibest yang teruk dengan habuk dan mengakibatkan tersumbat aliran air keluar.

Contoh ECU toyota Avanza yang terkorban akibat air terjun.

Jangan lambat servis ye. Tolong pesan jer. Sekali sekala tengok bawah laci/drawer,kalau ada basah teruk masalah nak mari dah tu.

Kepada anda yang ada masalah macang ni boleh singgah di bengkel atau pusat servis aircond minta tebuk dan pasang air filter. Jangan tunggu aircond slow@angin perlahan baru nak buat.

updated:22.2.19

Nanti Abg jang upload video tutorial kes Honda Brv baru2 ni. Video tebuk dan pasang air filter aircond Klik sini

Cara nak tebuk n pasang filter aircond. LIKE n follow page PESBUK MS AUTO AIRCOND SERVICE untuk terima berita terbaru dari kami. Butang kat bawah nung ?