Ambil iktibar dengan kes-kes lalu. Panas melampau dari biasa, berhati-hati semasa buat aktiviti luar semasa panas, Ada kes kejang, pengsan, koma dan kes kematian.

 

Walaupun amaran dari Jabatan Meteorologi dan lain2 jabatan telah berlalu pada 27 feb lepas berkenaan cuaca panas dan risiko Stroke Haba, cuaca panas masih berterusan dan rasa lagi minggu ini..

 

Antara kes2 lepas yang boleh kita jadikan iktibar:
– Dr. Rafidah dari kumpulan Twitter #MedTweetMY telah berkongsi satu entri “pesanan khidmat masyarakat” mengenai STROK HABA di laman Facebook kepunyaannya.

Di pertengahan tahun lepas, seorang pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan komando, pengsan semasa berlari. Sebelum berlari 10km tengah panas, dia sudah berkawat entah berapa jam.

Dia diserang sawan tidak berhenti dan terus koma. Keadaan ini dipanggil STROK HABA. Dia mengalami kegagalan organ hati dan buah pinggang. Dia terpaksa menjalani dialisis dan berada di Unit Rawatan Rapi lebih 20 hari. Dia juga mengalami rhabdomyolysis, satu keadaan di mana otot fiber yang cedera parah/mati dan mengeluarkan bahan toksik ke dalam darah, salah satunya adalah Creatinine Kinase, bacaan darah beliau melebihi 37,000 U/L (normal bawah lebih kurang 150).

Alhamdulillah setelah 35 hari di hospital, dia dibenarkan pulang ke rumah. Organ dalaman dia pulih normal. Dia antara yang bernasib baik. STROK HABA kebiasaannya susah diselamatkan!

Lagi kes lama:

Walaupun kes lama di Jepun,suhu 43c sudah menggerunkan kita.

Binatang peliharaan juga berisiko.

 

Jaga kesihatan dan minum air secukupnya.

Memang panas lain macam cuaca sekarang.Pastikan Aircond kereta anda juga dalam keadaan baik, bersih dan telah diservis untuk berkhidmat kepada anda semasa cuaca panas sekarang.

 

Keadaan El-Nino dijangkakan terbentuk dan berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 65%. Manakala sepanjang tempoh Februari 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima cuaca yang agak kering.

MET

 

Lain-lain pautan kes lepas.

http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/azizan-disahkan-meninggal-dunia-akibat-strok-haba-1.202207