Kereta toyota estima acr50 aircond bau busuk tak sejuk
toyota estima acr50 aircond ada bau yang dok menyenangkan, eveporator coil bocor dan full servis
toyota estima acr50 aircond ada bau yang dok menyenangkan, eveporator coil bocor dan full servis
Bercuti di kuala terengganu sempena cuti sekolah. Aircond kereta perodua axia ni masalah sekejap sejuk,sekejap tak sejuk. Akak ni maklum baru je baiki aircond tempoh hari.
Dari Nogori Somilan, sampai kuala ganu aircond keto akak kojap sojuk, kojap tak sojuk.
Akak baru je baiki aircond ni dik.Baru je ditukar apa magnet compressor ko apo orang panggil eh.
Tak apa kak bagi kami check dulu.Pemeriksaan percuma jer
-Pressure ok
-electrical ok
-angin ok
-Ooo,ni clutch set ada sikit salah pasang..
Lama tak nak baiki ni dik.. akak dah nak balik soromban dah.
Dalam sojam siap akak eh, akak nak drive balik 9 jam..
Baiki lah dik. Tak tahan akak nak balik nanti panah dlm kereto.
Ada artikel pasal clutch set ni kat web ms auto nanti abg jang update semula.,x jumpa cari tadi.. bahagian artikel di www.msauto.my
Torima kasih akak yo singgoh kodai kami..semoga solamat sompai ko soromban eh..
Botul ke dok abg jang kecek tadi.. hehe.belajar x habis lagi kecek nogori ni.
Cuaca tak menentu tanda berakhir dan beralih monsun timur laut
Ambil langkah waspada dengan nasihat yg dikeluarkan oleh pihak berwajib. Patuhi amaran semasa yg dikeluarkan dan rancang perjalanan anda.
Jaga keselamatan diri dan keluarga, harta benda dan kenderaan anda terutamanya.
Pastikan juga kesihatan kenderaan anda berada dalam keadaan yg baik, begitu juga dengan keadaan aircond kereta anda yang penting dalam keadaan cuaca yg tidak menentu.Pastikan servis mengikut jadual bukannya servis bila dah meragam.
Macam kesihatan manusia itu sendiri. Mencegah lebih baik dari mengubati yg roliknya memerlukan kos yg lebih tinggi. Berbeza dengan menjaga kesihatan sejak dari awal.
Pesanan untuk semua.Untuk dibantu masalah aircond kereta anda layari www.msauto.my
Aircond kereta Myvi sejuk bereh doh tapi masalah Lipas banyak sangat. Owner dok larat nak buang,bersihkan kereta ni tapi lipas masih x pupus.
Servis tambahan yg kami sediakan selepas servis/baiki aircond kereta anda/bergantung kepada request pelanggan.
Anda pernah kene gini? baru je lepas baiki aircond kereta masalah mari balik. Mula2 honda fd ni tukar clutch set, plate clutch x engage dengan pulley tapi masalah sama berulang.
Owner ke hospital lain tukar 1 set baru lagi, masalah tetap sama. Kira dengan kos baiki dah hampir boleh beli kompressor aircond baru.
Abg Jang nasihatkan rujuk balik dengan hospital lama kot2 boleh claim balik dengan kos yang dah habis. Tapi owner kata biarlah malas nok gi doh.
Dakpelah dah jadi tugas kita kene bantu bila anda masalah aircond kereta.Owner ada kabo rasanya kompressor jem. Kadang2 aircond jadi x sejuk. Nanti dulu kene check molek dan confirm masalah sebenar. Kang try2 tukar barang habis duit lagi aircond dok selesai masalah.
Ibarat kene tikam dengan pisau rembo, pahtu robek robek pulok pisau tu ke kiri dan kanan, dan pusing-pusing lagi pisau tu. Aduh memang pedihlah tengah musim2 gawat ni.. Lebih kurang gitulah ceritanya.
Kami check ikut step bahagian electrical ok. Soket pun ok, relay, connections semua ok..
Mungkin coil magnet baru pun masalah? Low induction walaupun baru. Baru kilang kadang-kadang ada masalah jugak. Dok semestinya baru tu perfect. Kami buat pemeriksaan coil comel tiada masalah, bacaan Ampere coil sekitar 3 Amp normal bagi magnetic coil.
Last sekali buat inspection pada compressor. Terpaksa keluarkan compressor untuk pemeriksaan visual dan mekanikal. Jumpa masalah shaft compressor problem. Bearing pada shaft yang pegang clutch plate dah pecoh dan ada sedikit free maka shaft bergerak kadang2 ada gap hingga 0.8mm antara pulley dengan plate compress.. Biasanya normal gap antara 0.2 hingga 0.4mm
Kalau gap jauh tukar magnet coil 1 set baru pun dok punya upaya untuk menarik clutch plate.Kalau rapat sangat pun dok boleh sebab kadang2 akan bergesel dan bunyi bising bila aircond off. Memang dok nampak lah kalau x cabut compressor.
Penyelesaian masalah kene tukar kompressor baru setelah usaha menukar bearing gagal. Rata2 kedai sparepart dan kedai specialist bearing pun tiada stok saiz bearing shaft compressor honda Fd ning.
Maka berakhirlah riwayat..Boleh buat sparepart je.
Siap dan running test alhamdulillah kembali normallah kompressor baru. Cuma terkilan dok sempat tunaikan permintaan owner Honda Fd nak tuning ECU sebab dah lewat. Kalau owner ada baca dan masa free singgohlah sekali lagi dan untuk tuning.
2 set magnet coil, clutch, bearing baru tu boleh simpan molek-molek, mungkin ada kawan2 owner yg seangkatan masalah clutch magnet boleh dibuat sparepart dan jual muroh2. Dok rugi sangat, sekadar cadangan kepada owner.
Semoga dijadikan sedikit panduan untuk anda berkenaan permasalahan ini. Gambar kereta dan owner kami tidak publishkan atas kehendak dan privacy owner kereta. Terima kasih singgah Ms Auto Aircond ye..