Owner beli kat halfcut. Tu pun habis cari tak ada stok di terengganu. Model kereta ni memang susoh nak cari dah stok panel aircond digital.

Sama dengan kereta wira/satria yang convert dashbord Mitsubishi series 4G9x. Kalau ada stok tu simpan molek.

Aircond kereta honda SV4 anda pun ada masalah macam ni? Nanti, baca dulu..

Tapi tukar baru pun tak hidup aircond kereta ni. Kami check satu-satu dulu. Soket panel pun dah agak longgar mungkin kesan pasang-cabut kes tak hidup ni sebelum ni.

Check semua soket, wiring, relay semua ok. Abis tu pende yang tak ok? Check power pada semua soket rupanya panel baru beli ni pun rosak. Nasib baik ada warranty seminggu boleh owner hantar balik.

 

Abg jang pun suggest baiki je panel control aircond asal honda sv4 ni. Kenapa dok mari awal-awal kat kami, boleh baiki je macam masalah abang ni. Ok baiki je lah, saya pun dah pening dah..

Alhamdulillah masih dapat berfungsi dengan cemerlang panel aircond digital ning dan dapat bantu owner berjimat.

Sebelum panel aircond digital ni rosak, mesti ada simtom2 macam:

  • paparan panel berkelip-kelip
  • panel aircond kejap hidup, kejap mati(on off)
  • Kadang2 susah nak on

Kebanyakkan H22A aircond control guna panel digital.

 

 

Jangan biar lama atau dah dok hidup baru nak baiki. Risiko tak boleh nak baiki sekitar 78% atau kos baiki jadi agak mahal macam kereta honda Sv4 ni. Tu pun Alhamdulillah masih boleh dibaiki.

 

Baiki lebih murah dari beli baru tau.. Nanti abg bagitau kat kawan2 ye kalau ada masalah macam ni.

Terima kasih owner kereta Honda Sv4 dari Gong Badak . Jauh mari singgoh di Ms Auto Aircond Servis.