Bila lama dok servis,sistem aircond akan hilang kecekapan seterusnya belanja bertambah bila kerosakkan berjangkit/merebak kepada kompressor.

 

Kompressor ibarat jantung atau pemula dalam kerja sistem aircond.Macam manusia jugak,perlukan bekalan oksigen,makanan bersih dan air yang bersih.Tu jantung,buah pinggang macam mana? Buah pinggang pun dah tersumbat dan darah dah merah pekat melikat.

Kalau sistem dah lama kotor,kerja kuat dan lama maka berakhir lah riwayat walaupun semahal mana kereta anda.

Kos tukar jantung lebih tinggi dari kos menjaga kesihatan dari awal. Tapi agak berbaloi lah brader hartanah ni(kalau x silap sembang tadi) kompressor aircond kereta Bmw E90 yang asal ni dah berusia panjang dan dah tukar pada bulan 5 2012 mengikut marking pada compressor tu. Part pulak dari recond bukan baru original. Kira dah tahan lah tu.

Selesai ganti part yang terlibat kami tuning Ecu sekali bagi cun. Kereta Bmw ni kalau boleh tuning setiap kali anda masuk servis.

 

Terima kasih owner Bmw ni bagi bayaran lebih.Semoga anda dimurahkan rezeki dan urusan seharian.