Lepas musim banjir, kalau aircond kereta anda ada bunyi pelik jangan biar lama..

Musim banjir pada setiap akhir tahun di pantai timur dan Kuala Terengganu khasnya dah sinonim dengan kita.Nak tak nak kene hadap je dengan hati yang tabah.

 

Perhatian kepada anda yang pernah mengarung banjir dengan kereta, kadang terpaksa nak gi kerja, kadang ada yang seronok seronok redah banjir.

Ni nak masuk musim panas pulok dah nak masuk 2 bulan musim banjir di pantai timur tamat.

Kesan kepada kereta tetap ada, mungkin x semua kena masalah ni.Kalau bearing mahal pun confirm air masuk.Tambahan kedudukan compressor kereta ni rendah,sama je dengan model kancil,myvi,viva,wira 1.6,1.8 dan seangkatannya.Kalau wira,iswara 1.3 1.5 tinggi sikit kedudukan kompressor boleh kata selamatlah sikit. Biasa air separuh rim ramai je yang redah.

Lepas bearing pulley compressor berendam air, akan start berkarat. Seterusnya bearing rosok,berat dan jem.

Kes aircond kereta perodua kenari ni casing pulley pada compressor pecoh doh. Alamak compressor baru lah pulok.

Dalam dok sibuk baiki aircond kereta kenari tadi tersepak sebiji kompressor lama, eh nampok macam sama. Adu molek ngam boleh pakai. Kalau tukar kompressor baru sebiji menengung gok kang owner kereta.

 

Siap basuh balik kita pasang casing compressor lama, boleh bantu owner kenari ni berjimat sikit. Compressor asal pun gagoh molek lagi cuma casing pecah, dah tak boleh nak pegang pulley bearing dan bergegor kuat.

Musibah cegini boleh dielakkan kalau awal-awal lagi anda prihatin jika kereta anda menangis masa ON aircond kereta. Kalau pasang aircond kereta ada bunyi pelik jangan biar lama2 ye.. segera ke bengkel terdekat buat inspection.

Kang naya sampai compressor pecoh casing. Bertambah belanja kalau kena tukar compressor baru.

Kami pesan jer, kalau x nak dengar dakpe.

Share artikel ni jika bermanfaat.

Leave a Comment