Majlis solat hajat ms auto bersama UAI

 

 

 

SEMOGA MAKIN SOLEH,DIBERI KEBERKATAN DAN MAKIN JURUH TEAM MS AUTO AIRCOND CHENDERING

 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)

 

 

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

 

 

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

 

 

Terima kasih kepada yg sudi hadir dan mohon maaf kepada yg dok sempat dijemput malam tadi, last minit planning kelam kabut tukang masak mastermang.my  Dok perasan setarang tarikh nok buat majlis solat hajat di kedai ingat minggu depan.

Setinggi tinggi terima kasih juga kepada Ibu bapa kami,mertua, sahabat handai pelanggan2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kami.

 

 

P/s:Lakukanlah solat hajat, sedekah jika kita mempunyai hajat tertentu dan jangan sesekali mohon bantuan tok bomoh,dukun yg akan menjerumus kita kepada kesyirikan dan neraka jahanam.

Leave a Comment