by msautoaircondservice | Mar 26, 2019 | Breaking, General |
Ya Allah Engkau lindungilah saudara-saudara kami di Gaza. Aamiin
Saat kita sibuk dengan hari baru , mereka bermandi darah diratah peluru.
Saat kita sibuk merancang cuti, mreka sibuk bersiap untk mati. Jauhnya kita berbanding mereka.
Ya Allah, saat ini kami hanya mampu menadah tangan kepadaMU, teguhkanlah dan bantulah mereka di Gaza dan umat Islam seluruhnya. Kami serahkan batang leher musuh2 kepadaMu.. Hancurkanlah mereka, goyahkanlah mereka, pecah belahkanlah pakatan mereka. Wahai Tuhan Yang Maha Bijaksana sehebat2 Perancang. Aminn
by msautoaircondservice | Mar 20, 2019 | General |
Kuala Terengganu 35°C pun terasa sangat bahang panas hari ni.. Sama2 kita mohon agar tidak berpanjangan.
.
Masuk dalam kereta, kuatkan lagi penghawa dingin.
“Kenapa? Tak rasa sejuk ke cuaca panas sangat?”
“Rasa panas.”
Cuaca membahang, bila buat urusan luar rumah dengan cuaca panas, masuk kereta macam nak pasang penghawa dingin sekuat-kuatnya.
Suami pun baca hadith.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah menghadapkan wajah kepada kami dan bersabda:
“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya,
- Tidaklah perbuatan keji tersebar di suatu masyarakat, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit taun dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang sebelum mereka.
-
Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sukatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.
-
Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan beri hujan.
-
Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya
-
Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka.”
(HR Ibnu Majah 4009)
“Kita tidak menolak saintifik dan fakta bumi mengalami pemanasan global, kita tak sangkal kepanasan suhu akibat sekian sekian fakta alam. Tetapi 1400 tahun lalu, Rasulullah pesan akan berlaku kemarau dan juga dapat pemimpin yang zalim apabila para peniaga menipu timbangan, tidak amanah bermuamalah (tipu kualiti, tipu barang, tipu berat dll). Nampak remeh tetapi implikasi peniaga yang tidak jujur ni terkesan pada semua makhluk.”
Saya angguk-angguk.
Bab muamalah ni tak boleh main-main. Kadang ada yang meremehkan berkaitan jual beli, pandang ringan.
Semoga Allah ampunkan kita yang selalu lalai.
Ummu Amir,
#NotaHadith
#NotaMuamalat
by msautoaircondservice | Mar 16, 2019 | Breaking, General, tergempar |
by msautoaircondservice | Mar 15, 2019 | General |
Terima kasih SMKC atas penghargaan dan kepercayaan untuk melatih anak didik. Insya Allah kami beri komitmen sehabis baik dan bagi yang terbaik atas amanah yang diberikan.
by msautoaircondservice | Mar 1, 2019 | General, Repair Aircond Kereta |
Owner beli kat halfcut. Tu pun habis cari tak ada stok di terengganu. Model kereta ni memang susoh nak cari dah stok panel aircond digital.
Sama dengan kereta wira/satria yang convert dashbord Mitsubishi series 4G9x. Kalau ada stok tu simpan molek.
Aircond kereta honda SV4 anda pun ada masalah macam ni? Nanti, baca dulu..
Tapi tukar baru pun tak hidup aircond kereta ni. Kami check satu-satu dulu. Soket panel pun dah agak longgar mungkin kesan pasang-cabut kes tak hidup ni sebelum ni.
Check semua soket, wiring, relay semua ok. Abis tu pende yang tak ok? Check power pada semua soket rupanya panel baru beli ni pun rosak. Nasib baik ada warranty seminggu boleh owner hantar balik.
Abg jang pun suggest baiki je panel control aircond asal honda sv4 ni. Kenapa dok mari awal-awal kat kami, boleh baiki je macam masalah abang ni. Ok baiki je lah, saya pun dah pening dah..
Alhamdulillah masih dapat berfungsi dengan cemerlang panel aircond digital ning dan dapat bantu owner berjimat.
Sebelum panel aircond digital ni rosak, mesti ada simtom2 macam:
- paparan panel berkelip-kelip
- panel aircond kejap hidup, kejap mati(on off)
- Kadang2 susah nak on
Kebanyakkan H22A aircond control guna panel digital.
Jangan biar lama atau dah dok hidup baru nak baiki. Risiko tak boleh nak baiki sekitar 78% atau kos baiki jadi agak mahal macam kereta honda Sv4 ni. Tu pun Alhamdulillah masih boleh dibaiki.
Baiki lebih murah dari beli baru tau.. Nanti abg bagitau kat kawan2 ye kalau ada masalah macam ni.
Terima kasih owner kereta Honda Sv4 dari Gong Badak . Jauh mari singgoh di Ms Auto Aircond Servis.
by msautoaircondservice | Feb 28, 2019 | General |
Ambil iktibar dengan kes-kes lalu. Panas melampau dari biasa, berhati-hati semasa buat aktiviti luar semasa panas, Ada kes kejang, pengsan, koma dan kes kematian.
Walaupun amaran dari Jabatan Meteorologi dan lain2 jabatan telah berlalu pada 27 feb lepas berkenaan cuaca panas dan risiko Stroke Haba, cuaca panas masih berterusan dan rasa lagi minggu ini..
Antara kes2 lepas yang boleh kita jadikan iktibar:
– Dr. Rafidah dari kumpulan Twitter #MedTweetMY telah berkongsi satu entri “pesanan khidmat masyarakat” mengenai STROK HABA di laman Facebook kepunyaannya.
Di pertengahan tahun lepas, seorang pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan komando, pengsan semasa berlari. Sebelum berlari 10km tengah panas, dia sudah berkawat entah berapa jam.
Dia diserang sawan tidak berhenti dan terus koma. Keadaan ini dipanggil STROK HABA. Dia mengalami kegagalan organ hati dan buah pinggang. Dia terpaksa menjalani dialisis dan berada di Unit Rawatan Rapi lebih 20 hari. Dia juga mengalami rhabdomyolysis, satu keadaan di mana otot fiber yang cedera parah/mati dan mengeluarkan bahan toksik ke dalam darah, salah satunya adalah Creatinine Kinase, bacaan darah beliau melebihi 37,000 U/L (normal bawah lebih kurang 150).
Alhamdulillah setelah 35 hari di hospital, dia dibenarkan pulang ke rumah. Organ dalaman dia pulih normal. Dia antara yang bernasib baik. STROK HABA kebiasaannya susah diselamatkan!
Lagi kes lama:
Walaupun kes lama di Jepun,suhu 43c sudah menggerunkan kita.
Binatang peliharaan juga berisiko.
Jaga kesihatan dan minum air secukupnya.
Memang panas lain macam cuaca sekarang.Pastikan Aircond kereta anda juga dalam keadaan baik, bersih dan telah diservis untuk berkhidmat kepada anda semasa cuaca panas sekarang.
Keadaan El-Nino dijangkakan terbentuk dan berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 65%. Manakala sepanjang tempoh Februari 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima cuaca yang agak kering.
MET
Lain-lain pautan kes lepas.
http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/azizan-disahkan-meninggal-dunia-akibat-strok-haba-1.202207