Masalah aircond ke kak? Kereta baru lagi ni, milage baru 7000km, macam baru beli bulan lepas je kereta ni aircond dah ade masalah ke?
.
Perodua myvi 2019 @ Myvi baby shark do do doo Panel kawalan aircond tak hidup.
Model ni macam rumit je nak trace problem,tak pernah masuk lagi model kereta ni sebab baru lagi. Panel kawalan aircond pun full digital/elektronik tak macam aircond myvi lagibest.
.
Akak bawak gi claim warranty lah, kalau saya sentuhkan nanti akak nak bagi upah ke saya lagi.
Akak gi dah Abg Jang, janji nak call balik tunggu Panel kawalan aircond baru sampai. Tapi dah masuk 3 minggu bawak kereta tak dok aircond musim – musim panas pulok ni. Saya mari jelah sini sebab dok tahan aircond kereta myvi tak sejuk langsung.
Oklah kalu macam tu, nyakye ni kalau dah 3 minggu aircond tak sejuk, kereta baru tapi aircond tak dok macam di gurun lah dalam kereta musim panas ni.
Akak tunggu jap yer.
-Panel control digital problem,wont start✔️
-Ecu ok✔️
-fuse ok✔️
-Voltage supply ok ✔️
-Tuning ok✔️
-Cabut panel bawak masuk bilik bedah..
Alhamdulillah lepas 10 minit selesai masalah Aircond tak sejuk Kereta Myvi 2019 shark do do baru ni. ?❤️
Tak payah tukar panel baru, switch panel boleh kami baiki, boleh solve problem ni tanpa rosakkan sticker warranty dengan teknik khas. Nak tunggu panel baru pun mungkin stok belum ada sebab masih baru model myvi ni.
Siap pasang dan test balik , Abg Jang ajok akak ni bergambar tapi malu☺️. Kene ambik gambar ni kak, boleh saya post kat fesbuk, cer akak bayang kat luar sana orang ada masalah sama macam kereta akak. 3 minggu aircond myvi ni tak sejuk akak bawak kereta musim panas, kesian saya tengok, Alhamdulillah akak ni setuju
Nanti saya nak kabo masalah macam kereta akak ni ke orang lain, saya tak boleh tengok gini, nyakye sangat.
Jangan lupa Syer ye, Mana tahu ada kawan2 atau anok beranok kita ada masalah ni. 3 minggu aircond dok sejuk nyakye tu. ?
Bercuti di kuala terengganu sempena cuti sekolah. Aircond kereta perodua axia ni masalah sekejap sejuk,sekejap tak sejuk. Akak ni maklum baru je baiki aircond tempoh hari.
Dari Nogori Somilan, sampai kuala ganu aircond keto akak kojap sojuk, kojap tak sojuk.
Akak baru je baiki aircond ni dik.Baru je ditukar apa magnet compressor ko apo orang panggil eh.
Tak apa kak bagi kami check dulu.Pemeriksaan percuma jer
-Pressure ok
-electrical ok
-angin ok
-Ooo,ni clutch set ada sikit salah pasang..
Lama tak nak baiki ni dik.. akak dah nak balik soromban dah.
Dalam sojam siap akak eh, akak nak drive balik 9 jam..
Baiki lah dik. Tak tahan akak nak balik nanti panah dlm kereto.
Ada artikel pasal clutch set ni kat web ms auto nanti abg jang update semula.,x jumpa cari tadi.. bahagian artikel di www.msauto.my
Torima kasih akak yo singgoh kodai kami..semoga solamat sompai ko soromban eh..
Botul ke dok abg jang kecek tadi.. hehe.belajar x habis lagi kecek nogori ni.
Kali ni servis aircond kereta bintang tiga big boh Ustaz Azhar pulok. Bila masuk servis di Ms Auto abih bende lah kita tolong check. Ishh dok boleh dah gini ustaz,Kang jadi bende tengah jalan susah kita. Ejas bagi comel selalulah. Masalah aircond selesai dah kita tolong check hok lain skali.
Mercs B170 steering rack problem,door auto lock problem dan sekali tuning ECU kami buat.
Terima kasih Mbong juragang dan Zuan Halfcut Pulau musang bagi special price dan trade in sparepart untuk big boh.
Dang jugok ambe tanya Ustaz Azhar,kereta ni dengan Golf Gti mana sedak ustaz?
Hah mbeng sedak kereta Golf lah Lepong Lepong dang direct shift gear.Tapi sakit kepala kene masalah sensor sokmo.Sensor pulok gegor harga.
Baik paka hok ninglah dok sakit kepala.Mmm dok jadi lah abg Jang nak ambik kereta Golf Gti dah ustaz cerita gitu.Ingat bulan depan nak gi tengok mk6..haha
Spare part kereta Merc ustaz order k.L,lambat sikit lah nak ke siap.Minta maaf banyok ustaz abih ejas dah wak derah.
Ada satu lagi masalah yg kami check mentol signal belakang dok menyala.Bagi anda yang guna kereta continental Bmw,Merc dan lain2 mungkin tahu hal ni. Mentol lampu yg terbakar kene ganti dengan yang sama value dengan asal.Label Voltage anda tengok memang sama 12v, nilai kuasa mentol (watt) pun anda kene guna sama dengan yang asal. Kalau abaikan value watt ECU computer akan naik error dan bagi kereta Merc B170 ning blinking masa on turn signal kadang2 jadi gila dan ECU status error.
Kereta conti memang gini..Ecu dia centralized abih dengan dengan sistem walaupun mentol kecik jer.Dok leh buat lebih kurang.Nanti abg jang cari gambo dan update sini.Nok derah bekpun lewat doh.Esok kerja lagi nak bantu pelanggan hok mari ada masalah aircond kereta.Jumpa lagi ye,nanti sambung artikel ning.
Alhamdulillah selesai masalah aircond kurang sejuk,Selesai Masalah Power sliding door dan nak Cat baru pulok.Kakah bowoh x sedak doh ni ustaz,
Kuk kak, Kuk kak dah bunyi.nok beki lalu dok? hor ejas selalulah.
Macam pelanggan lain,ada masalah lain kita check sekali sementara tunggu siap servis aircond kereta.Jimat masa anda
Ok bereh dah aircond kereta ustaz,terima kasih sebab ustaz singgah servis sini ye.lepas ni servis cuci Air Filter macam Abg Dang kabo,jangan tunggu angin blower slow baru nak servis. parok kekgi.
Estima aeras power door problem,anda boleh DIY kalau nak jimat kalau masalah sama dgn kereta estima UAI. Cekidout
SIAPA LAGI YANG NAK KAMI BANTU MASALAH AIRCOND KERETA DI KUALA TERENGGANU NI MACAM BIG BOH USTAZ AZHAR
Paip radiator,thermostat ni karak dekoh doh kalau nok wi comey kite servis sekali
power window jeng kalu nok repair skali kite tolong
Alarm, remote control atau parts elektronik lain kita tolong settel kang
Kami tolong ganti Tinted baru kalau cerah dah macam akuarium ikan
ABS menyala,check enjin menyala,Nak tuning ECU
Wiring,kabel atau masalah electrical kereta yang lain
Atau anda ada masalah
Setahun 2 butir kompressor jeng
Dah baiki, flushing doh aircond dok sejuk pulok
Baru lepas baiki aircond kereta tapi dok sejuk pulok
Ni antara masalah hok ramai mari.
Kereta anda bila last cuci air filter? tolong peringat je.
ok bereh.
NAK LAGI TIPS,BANTUAN
LIKE dan FOLLOW kami
*Jazakallah,terima kasih kepada STEP AUTO SPAREPART BUKIT PAYUNG yang payung/sponser alat ganti semua kereta ustaz.Semoga dimurahkan rezeki dan urusan.
” INGAT ABIS PAROK DOH BEKI AIRCOND HONDA INTEGRA TYPE R NI ”
Maklum balas pelanggan..
Anuar Manan-Pelumba Basikal Negara
Hari tu aircond kereta ambe rosok di kolumpo lepas traning basikal,panah soh beng kate ah,peluh pah keting…Tera tanye 2,3 tempat di K.L nok tuko kompressor belakaye kata.Ade hok tok harge RM1000 lebih..Hok letok harga rm2000 pun ade…Macang dok logik ade gok,sebab kete baru gok agi.
Dakpe lah balik Teganu dulu tera cari bengkel kat kapung doh..Tanya saing ambe ye suruh ato beki kat Ms Auto Aircond Chendering..
Siap beki dan servis sekali dok abis pun rm500.Kete pulok bau wangi buleh perfume free..
Dok payoh tuko kompressor,buleh beki.
Pomen kabo coil magnet clutch je rosok,Molek ade masuk dua tahun lebih doh..
Good job boh!!
Boh!! Pening kepala cari keda baiki AIRCOND KERETA kerete hok senang kira? Nok keda hok buleh caya? Tengoh cari keda hok buleh buwi harga BAJET layanang RAMOH mesra pulok di Kuala Terengganu ni?
====================================
BAKPE SEK KITE KENE MARI MS AUTO AIRCOND SERVICE
Anda boleh mari buat pemeriksaan percuma
Dok soh bimbang kalu x cukup bajet
Kakah elektronik kereta,aircond kita boleh baiki,dok semestinya tukor baru belake kang parok
Anda akan diberi tips penjagaan ekong hok betul
Khidmat nasihat percuma untuk aircond kereta tahan lama
Kami bagi servis secara professional
Pemeriksaan dibantu alat2 pro tools terkini
Sensor pengesan gas kebocoran,tiada risiko beki dok jadi atau main tukar2 barang
Pemeriksaan/tuning berkomputer
Pemeriksaan berkamera
Pemeriksaan dengan darah Alien bagi kebocoran nano
Tinted kereta boleh
Aksesori kereta boleh
Tuning kereta boleh
Wiring boleh
===============
BONUS ISTIMEWA
-Tuning percuma untuk full@major servis aircond
-Kami akan buat pemeriksaan masalah lain secara percuma jika ada permohonan
-Lepas servis kereta anda akan bau wangi
-Percuma Pewangi CnH hok tahan lebih 2 bulan sikek bagi yang buat Major service.
-Bau gerenti dok sakit pale
-Pewangi hok panas di pasarang..stok pun payoh lening
-Buleh pilih sendiri bau mana hok kenang
Insya Allah anda bakal berpuashati dengan servis kami..Bukan saja harga berpatutan,Layanan terbaik..
p/s..Kami akan lancorkan produk baru untuk kenderaan kesayangan anda dalam masa terdekat..
Jangan lupa
Follow Page MS AUTO AIRCOND SERVICE takut anda terlepas harga PROMOSI jika kami lancarkan nanti..
Kami nok bagi harga muroh bohh..Butang atah nung